August 24, 2008

Minyak dah turun!!!!!!!!!!!

Wah..Seluruh rakyat menadah tangan kerana kerajaan menurunkan harga minyak
Harga asal: RM2.70
Harga baru: RM2.55
5.5% tu..Banyak tu..

Tapi nak tau tak..Orang tu kata dengan sekeras-kerasnya takkan turunkan harga minyak sebelum 1 September 2008!!! Betul, over my dead body. Hehe..Hari ni lepas pukul 12 malam (24 Ogos 2008), minyak dah turun..Ye..tak percaya ke? Nak bersyukur? Ye..perlu bersyukur. Bersyukur sebab minyak turun, maka inflasi pun turun. Tapi, lebih bersyukur sebab orang tu takde pendirian jugalah. Tetapi, jangan bising. Sebab kali ni orang tu takde pendirian tetapi menguntungkan rakyat. Hehe..

Tetapi, kenapa minyak turun awal seminggu? Nak tembak pilihanraya kecil 26 Ogos eh..Atuk tipu atuk tipu..Nanti bagitau mak..Shhhtt...jangan bising..jom tido..Ai ai ai...ZZzzzzz...

Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

MAGSAVER-R?

MagSaver-R??
Mungkin anda semua seperti Ahlik. Jenis yang suka nak tahu dan nak sangat ambil tahu. Dalam keadaan harga minyak yang agak mahal (currently rm2.55/liter), ramai jugalah yang menangguk di air yang keruh dengan memperkenalkan pelbagai solution kepada penjimatan minyak. Pernah terdengar hidrofuel? Magsaver? etc..

Kali ni, Ahlik nak bagitau semua tentang pendapat Ahlik tentang Magsaver-R. Teknologi ini dikatakan berasal dari Jepun dan diberi warranty SEPANJANG HIDUP! Sampai macam tu sekali keyakinan depa semua. Dengan hanya membayar RM199++, pengguna mampu menjimatkan minyak antara 10%-35%. Wau! Banyak tuh.. Katakan penggunaan anda adalah RM50/hari. Ini bermakna anda dapat menjimatkan antara rm5-rm17 sehari!

Teknologinya cukup mudah. Cuma pasangkan dua keping MAGNET (magnet kekal yang agak kuat-jika magnet itu dah melekat, x dapat nak buka dengan tangan). Magnet itu dipasang pada saluran getah minyak sebelum masuk ke enjin. Magnet itu cuma dikepit di situlah. Itu sahaja. Takde benda lain. Itu sahaja.

Pendapat Ahlik:- Adakah magnetic wave dari magnet mampu mengubah struktur molekul minyak?
- Benarkah teknologi ini benar-benar berkesan untuk semua jenis kenderaan? (petrol, diesel or gas?)

Malangnya, daripada 2 feedback yang secara tidak langsung diterima oleh Ahlik rata-rata mengatakan ingin memulangkan balik terknologi tersebut kerana langsung tidak ada kesan kepada penggunaan minyak. Erm..Terpulang kepada anda untuk memilihnya. Yang lucunya, pada iklan/pamplet jualan benda itu terdapat 1 fakta yang telah dipadamkan tetapi mampu dijejak semula. Info tersebut mendapat rangking no1 dalam senarai kelebihan sistem tersebut dan ianya berbunyi seperti iklan PETRONAS iaitu "Diuji di makmal, terbukti di jalan raya". Mungkin sebab itulah mereka memadamkan info tersebut di atas pamplet mereka, takut disaman syarikat minyak negara itu. Lain kali, Ahlik cerita pula tentang bab HidroFuel. Daa...
Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

August 21, 2008

Ingat Saya Tidak Bersebab Menyimpan Lemak?

Eeii!! Tak tahanlah tengok. Bersyukur la sekarang Ahlik dah gemOk. Bagi yang dah pasang niat nak diet, kurus, bla bla..Cuba tengok gambar2 di bawah ni. Eeeii!










Disclaimer: Ahlik cannot dedicate any owner of the picture because all the pictures were received by me through emel, and no source stated. Btw, if you (owner) want me to publish your name, do please emel me at ahlik2084@yahoo.com

Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

August 18, 2008

Pulau Pangkor dan 1000 Ketenangan


Hari yang panas seperti sekarang amat sesuai jika dihabiskan di pantai. Pulau Pangkor. Itulah destinasi yang Ahlik dan kawan-kawan tuju hujung minggu yang lalu. Angin bayu dan ketenangan, itulah hadiah jika anda berkunjung ke Pulau Pangkor yang terletak di negeri Perak. Perjalanan dari UTP ke Lumut mengambil masa lebih kurang satu jam dan 15 minit menggunakan bas Perak Roadway. Tambang terkini ialah RM3.70. Terkilan juga hari tu sebab pemandu bas meminta balik tiket bas sebaik sahaja kami turun. Saya pun tanya balik.
"Mengapa nak minta balik?"
Driver tu pun jawab. "Kenapa? Mahu kah? Kalau mahu, kamu simpan lah."
Biarlah. Janji dah sampai Lumut. Wah! Ramainya orang. Padanlah, musim cuti sekolah. Baru tahu. Sampai jer kat jeti, berlumba si peniaga chalet dan hotel promote bilik.
"Adik, kalau beli kat sini dapat murah. RM130 jer." Banyaklah murah. Ingat ini first time saya pergi Pangkor? Kita orang reject, punyalah masam muka mereka. Terutama perempuan Melayu tu. Adui, ingin jer nak cakar muka dia. Opss..terlebih sudah. Hehe..
Naik feri murah je. Tiket pergi balik RM10.

Lebih kurang setengah jam, kami pun sampai di Pulau Pangkor. Musim sekolah memang ramai orang. Awek-awek cun apa lagi, pun ramai lah. Lupakan pasal awek, nak cerita pasal transport. Ahlik dan kawan-kawan, jap2. Lupa nak kenalkan kawan Ahlik. Ada 2 orang, Leo dan Phil. Kawan paling best Ahlik.
Ni lah gambar kawan2 Ahlik tu.
Kita org sewa kereta kancil dengan harga RM80/hari. Agak mahal lah, mereka bagi alasan musim cuti sekolah. Ok fine, xpe. Kami pun terus memecut laju ke destinasi pilihan di Pulau Pangkor iaitu Teluk Nipah.
Lupa nak kenalkan, inilah driver @ pemandu pelancong.
Hehe..5164 no plat kereta, apa lagi Ahlik pun beli no ekor kat 4d Magnum. RM5 satu nombor. Kalau nombor tu keluar malam tu, RM2500x5=RM12500! Fuyoo! Kaya Ahlik. Haha..angan2 jer. X kena pun.
Apa yang best di Teluk Nipah?
1. Sudah pasti pantainya.
2. Aktiviti lautnya seperti snokling, banana boat ride, speed boat keliling pulau.
3. Banyak chalet dan hotel dengan harga berpatutan.
4. Gerai makanan pun banyak. Turun jer dari bilik, terus berlambak makanan.
Tau, sindir Ahlik lah tuh. Taulah kite kuat makan kan. Gemuk, boroi, encem..hahaha..

Ahlik dan member tinggal di Nipah Water Front. RM100 jer semalam. Ingat lagi kata2 perempuan yang nak jual hotel kat Ahlik awal2 cerita tadi? RM130. RM30 tu boleh pergi snokling tu..Biliknya cukup selesa. Berhawa dingin, ada tv, bilik mandi pun bersih. Turun dari hotel terus jejak pantai. Kedai menjual cenderamata pun berlambak.

Pantainya pun bersih, indah. Angin segar..

Klah, ahlik nak wat assignment. ada masa ahlik sambung balik. banyak lagiu= nak cerita ni. da.. :)

Berfikiran positif = Ingat Memori GembiraBerfikiran positif = Ingat Memori Gembira

August 15, 2008

Dua Hati Menjadi Satu


Terima kasih kepada member Ahlik di atas kiriman lagu ini.

Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

Ahlik Melukis?


Agak2nya mata siapa ini?
Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

Hati Perlu Dibelai dengan Sastera

Terdetik hati membaca emel yang dikirim rakan-rakan. Di sini, Ahlik nak petik kata-kata emel kawan Ahlik itu agar dapat dihargai bersama.
Life is too short to wake up with regrets. So love the people who treat you right.. Forget about the one's who don't. Believe everything happens for a reason. If you get a second chance, grab it with both hands. If it changes your life, let it. Nobody said life would be easy, they just promised it would be worth it.


Friends are like balloons; once you let them go, you might not get them back. Sometimes we get so busy with our own lives and problems that we may not even notice that we've let them fly away. Sometimes we are so caught up in who's right and who's wrong that we forget what's right and wrong. Sometimes we just don't realize what real friendship means until it is too late. I don't want to let that happen so I'm gonna tie you to my heart so I never lose you.


Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

Download Tesis

ADUI. Letihnya main ping pong. Tadi sempat juga jalan2 tepi kolam renang. Kan hari ini giliran perempuan yang mandi. Ops! Hehe..
Ahlik nak kongsi satu bende yang Ahlik tahu. Bagi korang yang dahagakan tesis orang lain sebagai rujukan tetapi tidak reti nak cari kat internet, Ahlik ada 2 tips berguna.
1. Katakan anda guna search engine Google. Taiplah kata kunci Benda yang anda ingin cari pdf. Perkataan pdf tu jangan lupa pulak. Sebab utama Ahlik cadangkan perkataan pdf ialah kalau kita perati tengok, kebanyakkan file tesis diupload dalam bentuk pdf file.
2. Cara kedua ni pula lagi senang. Cuma pergi ke laman web ini dan taip la apa2 sahaja. Kuasa di hujung jari anda. DownloadPDF

Hingga berjumpa lagi.
Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

Unsubscribe CMT - ?

Sakit ati pun ada. Tak puas ati lagilah. Apa taknya no baru ni siap dgn CMT, ditolak RM3 dari akaun sebulan. Kalau kita sendiri yang nak CMT tu xpela..Kan? So, di sini Ahlik nak share kepada member2 yang nak UNSUBSCRIBE tapi x reti caranya.

First, taip "OFF" dan send ke 22990.
Next message akan tanya"
Are you sure? Reply YES to unsubscribe to CMT.
Ahlik jawab, Nak tanya mak dulu. Hehe..gurau je, korang taip lah YES and reply msg tu. Dah settle.

Untuk no 019,013 and 0148 sahaja. Yang no lain, Ahlik x gerenti. Daa.. sedapnya hotdog + 100Plus. Leh tidur terus pasni. Hihi..Ada yang kutuk aku ni, kata "patutlah gemuk". Haha..
Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

August 13, 2008

Jom Bermain Aircraft Lander

Hoohhaa!
Hari ni Ahlik dah tambahkan unsur GAME dalam blog Ahlik. Aircraft Lander. Dengan hanya menggunakan arrow, anda perlu memastikan kapal terbang mendarat dengan selamat. Ahlik dah cuba dah. Selepas 16 percubaan yang gagal, Ahlik akhirnya BERJAYA mendaratkan kapal terbang dengan mendapat NOTE 4. Harap anda terhibur.

Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

Bos yang baik

Idea Penulisan ini muncul semasa Ahlik menjadi trainee di sebuah syarikat Jerman tetapi beroperasi di Malaysia sebagai cawangan. Pemerhatian ke atas staf-staf memberikan idea nakal dari kepala hotak Ahlik. Ikutilah hasil seni Ahlik ini dan renung-renungkanlah. Cuba bandingkan, adakah apa yang Ahlik ceritakan ini berlaku ke atas anda atau pun tidak. Jika tidak, anda harus bersyukur dan bekerja lebih keras lagi demi syarikat tercinta.

Tips: Bos yang baik
>> Boss yang baik harus pandai mengambil kesempatan di atas kelemahan pekerjanya. Maksudnya, ala..siapa makan cili diala rasa pedas.Boss harus teliti untuk membezakan pekerja yang naif, taat dan tidak berani melawan kata-kata. Pekerja jenis ini harus diambil kesempatan selalu.
>> Boss mesti selalu campur tangan department lain agar cepat naik pangkat. Perkara ini penting bagi memastikan usaha naik pangkat berhasil dalam masa yang cukup singkat.
>> Boss yang baik harus pandai menonjolkan kelebihan diri atau dalam bahasa inggeris "show off". Teknik ini harus diamalkan tidak kira usaha itu merupakan usaha diri sendiri ataupun usaha orang lain. Lebih baik jika usaha orang lain tetapi kita mengampu dan mengatakan bahawa itu adalah hasil kerja kita agar kita mendapat nama yang baik dari pihak atasan. Bak kata pepatah, lembu punya susu tetapi sapi punya nama.
>> Boss kena pandai bertindak sebagai "hero" dalam banyak keadaan. Boss yang baik perlu tajam dalam memancing peluang agar dapat menyerlahkan diri sebagai hero. Barulah senang kita mendapat publisiti murahan dan secara tidak langsung akan menaikkan nama kita di dalam sesebuah oragnisasi.
>> Boss yang baik perlu mahir dalam "masuk campur urusan orang lain" walaupun urusan itu tidak memerlukan campur tangan sendiri.
>> Boss hendaklah merupakan seorang yang tegas dan pandai menunjukkan muka masam tidak kira masa. sikap rajin dalam mangamalkan etika kerja ini akan menyebabkan pekerja bawahan tidak suka berdampingan dengan boss tadi. Pesan saya, teruskan bermasam muka kerana mana tahu suatu hari nanti syarikat anda akan ada "Anugerah Muka Boss Paling Masam". Paling baik kalau boss itu pandai memberi kata semangat agar tidak memberi mimik muka masam kepada orang lain tetapi pada masa yang sama, dia pandai pula bermasam muka ibarat mati bini. (Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih)
>> Emosional. Ya, boss mesti emosional selalu kerana dipercayai tindakan ini akan menyebabkan pekerja bawahan tidak selesa bekerjasama dengan anda. Pendek kata, emosional lah selalu.
>> Boss yang baik wajib mementingkan diri sendiri dan tidak perlu mengira kebajikan dan perasaan para pekerjanya. "Selfish" bak kata orang putih. Tak paham juga?
>> Jangan pandai menghargai usaha para pekerja. Boss mesti mengelakkan diri daripada memuji usaha para pekerja kerana perkara ini akan memberi motivasi kepada pekerja, iaitu bukanlah suatu perkara yang baik. Boss harus tajam pemerhatian dalam mencari kesilapan dan kelemahan pekerja. Pastikan anda terus-menerus marah para pekerja, mengutuk, mencaci, memaki hamun dan manyamun. =)

Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

August 12, 2008

Hati Berkata: Ah politik malaysia?

Post dari rocky's bru mengajak minda ini menghasilkan kritikan dan pendapat tersendiri. Paling menarik adalah komen dari seorang makcik yang menggelarkan diri makcik Bangi. Berikut ialah petikan dari komen makcik tersebut:

"Anonymous said...
1. sekarang orang Melayu tidak lagi lihat mana-mana parti sebagai pembela dan pejuang nasib orang Melayu. Hak orang melayu semakin terhakis. Diberikan kepada orang lain, bila didesak.

2. sekarang orang Melayu tidak lagi lihat mana-mana parti sebagai pejuang agama islam. Agama islam semakin tercabar secara terbuka.

3. kemana perginya parti sebagai pembela dan pejuang nasib orang Melayu. Kemana hilangnya parti sebagai pejuang agama islam. Aku bimbang kesendirian.

4. Melayu cuma bijak berbalah sesama sendiri di tanah air sendiri. Bijak menyalahkan melayu sesama sendiri. Menang sorak, kampung tergadai.

5. Melayu sekarang resah-gelisah dan tak tau arah akan haluan yang nak dituju.

6. Melayu semakin terdesak. Semakin hampir bumi dipijak, milik orang.

7. Jangan salahkan orang lain. Suara melayu semakin lesu kedengaran.

8. sekarang sampai masa mencari titik persamaan, orang melayu mesti kembali bersatu.

makcik Bangi.

1:03 PM"

Jika dinilai kembali.. Poltik Malaysia ibarat perbalahan kerana perebutan kuasa mendapatkan kuasa tertinggi dalam kabinet Malaysia dan terus menerajui negara. Sama ada parti tersebut mewakili kaum tertentu ataupun tidak. Yang pasti saya amat bersetuju dengan "makcik Bangi" ini dalam pendapat no. 4 beliau yang berbunyi "4. Melayu cuma bijak berbalah sesama sendiri di tanah air sendiri. Bijak menyalahkan melayu sesama sendiri. Menang sorak, kampung tergadai." Yang paling tidak sedap didengar ialah apabila selalu saja wujud perkataan "Melayu" dan "Melayu" dan "Melayu" dalam petikan ucapan pemimpin di tanahair kita ini. Ini sudah jelas apa yang berlaku dalam politik di MALAYsia ini banyak berkisar dalam kelompok kaum ini. Maju bangsa itu dan tumbangnya bangsa itu bergantung kepada pemimpinnya. Dan apa yang kita nampak sekarang usaha yang diadakan dalam konteks pembangunan belum lagi mampu membangunkan bangsa Malaysia ini. Mungkin kerana kurang teliti dalam hal perancangan? Dalam hal ini, objektif sebenar dalam sesuatu projek pembangunan mesti diteliti dan dipahami betul-betul. Selalunya, apa yang berlaku selalunya akan nampak OBJEKTIF yang indah di kertas kerja, tetapi dari aspek PERLAKSANAAN, habuk pun takda. Mungkin kerana tidak berlaku POST MORTEM dalam sesuatu perancangan. Jangan ingat KERTAS KERJA DAN PROGRAM YANG CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG mampu menaiktarafkan kehidupan rakyat. Projek pembangunan yang bernilai kurang RM10K pun mampu menaikkan taraf rakyat jika program tersebut dijalankan dengan IKHLAS. Apa maksud IKHLAS dalam memajukan program pembangunan di sesebuah tempat? Dalam suasana kita hendak menyambut Ulang Tahun ke-51 kemerdekaan Malaysia ini, Ahlik nak timbulkan persoalan untuk kita pikirkan dan renungkan bersama.
1. Adakah kita betul2 sudah merdeka?
2. Apakah yang kita lakukan untuk meneruskan kemerdekaan negara kita?
3. Mampukah suasana politik terkini negara terus menjamin kemajuan negara kita?
4. Haruskah kita terus membandingkan kejayaan kita dengan negara dunia ke-3?
5. Apakah yang kita boleh banggakan sejak negara merdeka separuh abad yang lalu?
6. Merdekakah politik negara kita?
7. Merdekakah sistem perlembagaan negara kita?

Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

Cara nak bubuh MAU PRINT INI DOKUMEN DONG di web anda

Ini 1st trial. Caranya dengan memasukkan command di bawah ini di posting anda.


Saya pun nak cuba.

Tolong Print Blog Ahlik
Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

August 11, 2008

Jalur Gemilang

Jalur Gemilang terus berkibar megah menandakan kedaulatan negara yang bernama Malaysia. Bendera asal negara Malaysia dicipta oleh Mohamed Hamzah, seorang arkitek yang bertugas di Jabatan Kerja Raya (JKR) di Johor Bahru. Beliau menyertai pertandingan rekaan bendera Malaya pada tahun 1947. Beliau ikut serta dan menghantar dua hasil rekaan. Rekaan beliau yang menyerupai bendera sekarang (yang membezakan ialah bendera rekaan beliau mempunyai bintang 5 bucu. Sejumlah 373 peserta mengadu nasib untuk melakar sejarah mencipta bendera untuk Malaya ketika itu. Mohamed Hamzah berjaya mengatasi 372 peserta lain dan beliau berjumpa dnegan Dato' Onn Jaafar. Dato' Onn mencadangkan supaya bintang tersebut digantikan dengan bintang 11 bucu yang akan melambangkan semua 11 negeri. Mohamed Hamzah meninggal dunia pada 13 Februari 1993 pada usia 75 tahun. Ikuti perubahan yang berlaku ke atas bendera Malaysia sejak ia mula-mula direka.


Federated Malay State Flag from 1896 to 1950


Malaya Flag from 1950 to 1963


Bendera terkini: Jalur Gemilang

Sumber Gambar: wikipedia

Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

Menara Berkembar Petronas [KLCC]

Jauh di sudut hati, terdetik hati Ahlik ingin memaparkan dan menyenaraikan lambang2 kebanggaan di Malaysia ini. Secara tidak langsung, akan memupuk kesedaran betapa bertuahnya menjadi rakyat Malaysia. Perkara pertama yang terlintas di pemikiran Ahlik (dan mungkin anda juga) ialah Bangunan Berkembar Petronas [Petronas Twin Tower]. Ikuti serba sedikit perkembangan tentang menara kebanggaan Malaysia ini.

Menara yang meletakkan nama Malaysia di mata dunia ini dibina semasa zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir (Bapa Pemodenan Malaysia).

Keindahan Menara Berkembar Petronas
(Sumber: http://klcc.stsite.com/)

Menara ini gah berdiri dengan ketinggian 451.9m dan dibuka secara rasmi pada 31 Ogos 1999 oleh Tun Dr. Mahathir. Sejumlah 1.4bilion ringgit telah dijana untuk projek mega ini. Kewujudan menara ini telah menarik pelancong ke Malaysia dan pernah mencipta sejarah sebagai bangunan tertinggi di dunia sebelum kehadiran IOI Taiwan. Menarik bukan? Bangga bukan? Malang sekali arkitek menara ini bukan rakyat Malaysia. Bangunan ini direka oleh arkitek berasal dari Argentinian, Cesar Pelli. Itu tidak mengapa sebab mungkin teknologi kita tidak secanggih teknologi depa. Malangnya (sekali lagi), landskap KLCC pun direka oleh bangsa asing iaitu pakar landskap dari Brazil, Roberto Burle Marx. Kita cuma mampu berbangga kerana menara ini berdiri megah di bumi Malaysia. Ini mesti direnung oleh semua pihak, termasuk ahli politik negara, jangan sekadar macam budak2 asyik menuding jari lebih-lebih lagi dalam saat kita menanti ulang tahun kemerdekaan negara ke-51.
Malaysia, trully Asia.
Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

August 9, 2008

4D Magnum


Tak juga kena nombor ekor. Dah lah jauh beli, kat Ayer Tawar. Hampeh tul..Kalau nombor x pusing, dapat juga RM200. Nasib badan.

Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

University Of X!

Selasa lepas (5 Ogos 2008), Ahlik telah menyertai University of X! Satu lagi promosi hebat dari Celcom. Tetapi, apa yang membezakan tawaran Celcom ini berbanding prabayar yang lain?
Sebab anda harus beralih kepada University Of X!:
1: SMS ke SEMUA no Celcom: 1 sen!
2: SMS ke rangkaian lain: 6 sen!
3: Panggilan suara ke SEMUA no Celcom: 15 sen!
4: Panggilan suara ke rangkaian lain: 15 sen juga!!!
Apa tunggu lagi?
Dapatkan Pek Permulaan Universiti Xpax hanya di roadshow di kampus anda sekarang!
Amaran: Pastikan anda berumur 25 dan ke bawah!




Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

Buat Software Sendiri? Boleh ke?

aloowww! Apa khabar semua. Ni nak khabarkan, ahlik baru jer bangun tido. Ingat nak join senam robik kat padang. Hmm..event abes pkl 10, Ahlik bgn 930am. ada ka patut? Pastu, alang-alang dah bangun kan, Ahlik pun mandi dan ronda2 naik BGJ864 kesayangan Ahlik. Ramai dah naik motor kesayangan Ahlik tu. Hehe.. Event lain seperti larian merdeka tengah berlangsung. Ramai awek2 tengah lari. Apalagi, semua pun dah masak dengan kenakalan Ahlik kan. Ahlik jerit, "Lari laju. Cepat cepat!!" Haha..padan muka diorang lari kepanasan. Ahlik xnak join, sayang lemak anugerah Tuhan.

Hari ini, Ahlik nak share macam mana orang yang pintar IT buat software. Boleh ke kita yang tidak ada background frontground buat mende canggih macam nia. Macam x caya je. Haha..Tu la korang, kalau ada niat nak belajar, tak kisah korang aliran apa tetap boleh buat. Otak manusia dicipta untuk keadaan yang amat ekstrem. Ahlik rasa korang cuma guna 10% jer otak korang. MEMBAZIR!!! Jangan marah..hehe..

Baik, caranya macam nie.


Mula2, taip mende ni kat "RUN"


Bende ni pula akan muncul lepas korang tekan ENTER


Pilih "Extract File Only". Yang lain2 function tu, korang belajar la sendiri. :)


Bubuh la nama SOftware korang. Ahlik bubuh nama "Software Ahlik 2.2"


Prompt ni khas nak tanya user betul ke nak install benda yang korang buat ni.


Yang ni pulak, akan tunjuk lesen (macam selalu la kalau korang nak install apa2 kan).Mula2, wat la NOTEPAD dan taip la apa2 agreement dalam notepad tu. SAVE kan. Masukkanlah Notepad tuh dalam software korang melalui "BROWSE file"


Step ini nak masukkan software yang korang nak bubuh dalam SETUP.EXE korang ni. Kali ni, Ahli wat contoh kecik dengan cuma memasukkan 1 gambar je.


Step ini ikut sahaja lah. Jangan banyak soal.


Yang ni nak bagitau user yang dia dah siap install.


Ikut sahaja lah.


Malas nak terangkan.


Dah siap dah. Tekan NEXT dan FINISH.


Ingat kat mana korang SAVE software tadi? Ahlik simpan di "C:\Documents and Settings\Admin"

WE ARE DONE. Ada apa2 masalah, bagitau AHLIK k...Daa..Selamat Maju Jaya.
Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

Selamat Datang Ke UTP


Gambar yang menunjukkan kedudukan UTP dalam peta Semenanjung Malaysia


Laluan ke UTP

Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

Lagu Universiti

Luasnya samudera dalamnya bumi
Mendasari ilmu ke akar umbi
Di dunia tanpa sempadan
Kami berazam membina harapan

Berpegang kepada nilai yang murni
Kemakmuran insan misi kami
Hasil dituai benih disemai
Laba dinikmati beramai-ramai

Universiti Teknologi PETRONAS
Setiap warganya cerdas dan tangkas
Berilmu, beriman, berpandangan jauh
Dibidang teknologi berdiri teguh
Bersama ilmu, yakin dan jati diri

Kami bertekad mencurah bakti
Untuk dunia, untuk manusia
Matlamat kami, sejahtera semua

Song : Manan Ngah
Lyrics : Habsah Hassan


Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

Bukan Salah Petronas

Post ini dikeluarkan oleh Ahlik atas dasar tidak begitu setuju dengan pendapat lantang penulis blog ANTI*** .

Saya rasa penulis ini menulis dalam keadaan hatinya penuh dendam. Rasa dendam dan benci yang mendalam telah memberikan ilham utk menghasilkan satu poster yang jika diketahui umum, boleh mengakibatkan dia disaman. Pendapat yang membuta tuli dan tidak berasaskan ditujukan kepada syarikat minyak nasional, PETRONAS. Kemungkinan besar penulis blog tersebut merupakan bekas pelajar UTP. Langsung dia mengaitkan Petronas dan Kerajaan Barisan Nasional. Dua organisasi ini sesungguhnya berlainan. Saya harap penulis blog tersebut membuat kajian lebih mendalam dan edit semula post dia yang agak keterlaluan terseebut. Semoga Malaysia bertukar menjadi negara yang berjaya dalam masa terdekat.

Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

August 7, 2008

Tewas



Sonok main ping pong. Lawan ngan si Syah. Hari ni x syok la back hand x jadi. Tp yg best td, dpt twrn dari lecturer lawan p.pong. Tewas sbb seves dia mantap. Teng3..Nak wat gapo. Balik dgn tgn kosong. Hehe..

Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

August 4, 2008

BGJ 864

Hi semua..Apa khabar? Harap2 baik semuanya..Hari ini, Ahlik buat maintenance kat BGJ864, motosikal kesayangan Ahlik.
Ahlik tukar:
- minyak hitam
- sproket (dari 37 tukar ke saiz 40)
- rantai
- cermin sisi
- dan betulkan handle yang bengkok.
Hehe..sonok je tengok mekanik tu repair motosikal. Yang paling best masa dia nak luruskan handle yang bengkok. Tanpa alatan yang canggih dan cuma berbekalkan tulang 4 kerat dia meluruskan. Memang syok tengok, syok sangat bak kata Sharon. Hehehe..



Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

Satay Kajang Haji Samuri


Keenakan daging satay tiada tandingan


Bangunan Restoran Satay Kajang Haji Samuri

Saya suka sangat makan satay. Tak kisah la satay lembu, kambing or ayam. Sedap sangat. Saya dah pergi try kat Kajang. Balik rumah happy sangat. Tetapi sabtu lepas (2hb Julai 2008), saya baru perasan tmpt kat kajang tu bukan bangunan restoran satay kajang Haji Samuri yg baru. Takpe, lain kali saya tetap nak pergi.

Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

July 31, 2008

Memahami Dialog Lelaki dan Perempuan [18SX]

Simple guide to basic girls and boys english translation:

Girls' English
Yes = No
No = Yes
May-b = No
"It's your decision" = The correct decision should be obvious by now!
"Do what u want" = You'll pay 4 this later!
We need to talk" = I need to bitch.
"Sure......Go ahead" = I don't want you too.
"I'm not upset" = Of course I'm upset, u stupid moron!
"How much do u love me?" = I did something today your not goin' like me 4.
"Is my butt fat?" = Tell me i'm beautiful.
"You have to learn to communicate!" = Just agree with me.
"Are you listening to me?" = Too late, you're dead!

Guy's English
"I'm hungry" = I'm hungry
"I'm sleepy" = I'm sleepy
"I'm tired " = I'm tired
"Do you want to go to a movie?" = I'd eventually like to have sex with you.
"Can I take you to dinner?" = I'd eventaully like to have sex with you.
"Can I call you sometime?" = I'd eventaully like to have sex with you.
"May I have this dance?" = I'd eventaully like to have sex with you.
"Nice dress" = Nice cleavage.
"You look tensed, let me give you a massage" = I want to fondle you.
"What's wrong? " = What meaningless self inflicted pshychological trauma are you going through now?
"What's wrong?" = I guess sex tonight is out of the question.
"I'm bored" = Do you want to have sex?
"I love you" = Let's have sex right now.
"I love you too" = Okay i said it we'd better have sex now!
"Let's talk" = I am tryin' to impress you by shown that I'm a deep person and maybe then you'd like to have sex with me!
"Will you marry me?" = I want to make it illegel 4 you to have sex with other guys.

I hope this translation will really helpful for you guest to understand your partner better. Hehehe
Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

Apabila Masjid Rebah Menyembah Bumi

Manusia tetap manusia. Apabila banyak unsur2 negatif bertapak di minda, tidak ada pun yang mampu menghalang. Tidak pernah terfikir umat sesama umat menjatuhkan rakan lain disebabkan dasar politik yang berlainan. Terkilan melihat kekejaman golongan manusia yang tidak berhati perut ini.
Bukan kita melihat diri ini sangat baik hingga hendak mengkritik pihak lain. Tetapi, apa yang lebih kejam apabila rumah ibadah turut dirobohkan? Belum lagi rumah-rumah kediaman yang lebih awal dimusnahkan.
Apa yang paling menyayat hati Ahlik ialah apabila pemandu jentolak telah mengalirkan air mata keinsafan apabila diarahkan memusnahkan rumah ibadah tersebut. Maka penduduk kampung pun menadah tangan tanda kesyukuran. Namun, perkara itu untuk seketika cuma. Beberapa ketika, datang pulak jentera lain lalu merobohkan tempat beribadat tersebut. Apabila sanggup memusnahkan rumah ibadah, apa lagi kita mampu gelar ahli2 politik di negara kita ini. Inilah hakikat yang sedang berlaku di Malaysia. Ya, bukan di Afhaganistan. RENUNGKANLAH...

Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

July 30, 2008

Ambil TAUGE, buang TERUNG



Hai kawan2..apa cerita?
Ahlik bru jer dgr crita member. Kalau lelaki nak subur, amalkanlah makan tauge. Tapi, jgn sesekali byk mkn terung (berwarna ungu). Makanan berasaskan soya juga tidak digalakkan. Sebabnya? Sebab, terung dan soya mengandungi hormon estrogen. Apa kes? So, kalau nak anak ramai tu, dgrlah nasihat Ahlik yer..Hehe..

Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

July 29, 2008

Ada Untukmu

ADA UNTUKMU

Di Sana Pungguk Menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati

OOo…
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran
Tanpa manis madah janji yang puitis tuk persembah
Hanya ketulusan sekeping hati suci

Aku…
Berikan kasih kalau itu yang kau mahu dariku
Aku…
Berikan cinta untuk membahagiakan harimu
Aku…
Sayang dirimu biarpun nafasku sampai terhenti

Akan kukotakan janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih Shah Jehan kepada Mumtaznya
Hooo…
Aa…

Hooo…
Terasa indah pabila berdua
semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita

Aku…
Berikan kasih kalau itu yang kau mahu dariku
Aku…
Berikan cinta untuk membahagiakan harimu
Aku…
Sayang padamu biarpun nafasku sampai terhenti

Akan kukota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih Shah Jehan kepada Mumtaznya


Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

July 28, 2008

UTP-Tahun Akhir



Masih Ahlik ingat lagi, perkara yang paling menarik minat Ahlik masa 1st sampai di UTP ialah Chancelor Hall ni lah.. Indah dipandang, menjadi kebanggaan UTP. Kini, Ahlik berada pada tahun akhir. Harapan Ahlik, Ahlik nak enjoy tiap jam yg dilalui. Semoga semua org sihat sejahtera.

Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

Kasut RM20

Dah pukul 1.57 pagi. Tetapi mata tak pulak mengantuk. Sabtu lepas (26Julai2008), Ahlik telah pergi ke KL untuk berjalan2, lepak dan mencuci mata. Bersih la juga mata tu walaupun byk habuk. Hehe.. Bas Metro 17 yg sy naiki berhenti di depan Bangunan Kota Raya. Turun je, saya ternampak ramai peniaga yg menjual hasil di dalam satu bakul sahaja. Rata2 mereka perempuan yg dalam lingkungan 40 tahun. Niat di hati nak baiki kasut sy yg telah rosak telah membawa diri mendekati seorang pakcik repair kasut. Umur dia Ahlik rasa sebaya dgn umur bapa Ahlik. Saya tunjukkan kasut, dia kata RM20 sebab kena jahit lagi. Saya pun kata ok lah.
Lama juga sy tunggu. Saya diberi selipar jepun utk kegunaan sementara. Selipar jepun, hmm..kenapa org panggil itu selipar jepun? Xda pun lambang matahari terbit. 20minit berlalu, tengah syok dgr lagu kat mp3. Sy nampak kumpulan peniaga kecil2an itu bergegas bangun dan bersembunyi. Termasuklah pakcik repair kasut. Rupa2nya, penguatkuasa DBKL muncul. Sy pun mcm perlarian la juga. Ikut mereka melarikan diri. Lawak kan. Maklum lah, 1st time. Tentu ada yg kata, tula sapa suruh baiki kasut kat diorg. Hehe..lantak koranglah nak marah. Hehe..10 minit kemudian, keadaan kembali pulih. Kita org pun duduk balik. Sy belikan abang tu air. Rasa dekat je di hati. Sy tanya abang tu asal mana. Dia kata dia asal Sabah. Patut la rasa dekat je. Dia senyum. Bukan nak puji sy baik belikan air la..Saja je cerita apa yg berlaku. Dia kata dah 13 tahun mencari rezeki di sini. Pernah sekali peralatan dia dirampas DBKL. Tetapi dia x pernah kena cekup la..Rasa kagum dgn smgt diorg mncari rezeki..

Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

Tips Berjaya

Kalau ditanya pakar motivasi, hampir semua akan menceritakan benda yang hampir sama. Cuma jalan penceritaan sahaja yang membezakan. Tetapi, perkara pokok tetap sama. Di sini, Ahlik nak merumuskan tentang tips orang yg berjaya. Sebelum tu, Ahlik nak semua renungkan perkara ni. Jangan kita buang masa membandingkan kejayaan kecil kita dengan kejayaan besar org lain. Percayalah, orang lain yg telah mncapai kejayaan besar tu pun bermula dengan kejyaan kecil. Jadi, ciptalah kejayaan walaupun kejyaan kecil cuma.
Saya percaya tips untuk berjaya amat mudah.
1.Jangan mudah putus asa.
2. Jika ada idea, mesti tanam keyakinan terhadap idea itu.
3. Selepas keyakinan muncul, aura pun bercambah maka cepat-cepatlah bertindak cekap dan terus maju.
Semua, bagi insan yg telah merasa putus asa bangkit semula selepas membaca tips dari Ahlik ni.

Sumbangan kemasyarakatan yang kecil dari Ahlik utk masa dengan yg lebih baik. Itulah harapan utama Ahlik mewujudkan ruangan MOTIVASI ini. Selamat Maju Jaya.
Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

Automated Cafeteria

Hi semua..
Ni Ahlik nak tulis ttg idea yg terlintas kat otak bguna ni. Automated Cafeteria. Cite mcm nie, pelanggan dan tauke berhubung melalui sistem khas. Pelanggan duduk dan memesan order melalui suis kecik di atas meja. Segala menu ada pada screen. Touch screen pulak tu. Sistem ini amat mesra pengguna dan interaktif dgn sistem utama pada dapur dan cashier.
Pelanggan memilih pesanan dan menekan butang menu. Order, butang bertukar warna hijau. Selepas confirm dgn order tersebut, menu akn btukar merah. Warna hijau pulak bmaksud order telah siap. Untuk membayar, pengguna boleh membuat pilihan sama ada melalui cash ataupun card credit. Kalau cash, pengguna membayar di kaunter dan terus mengambil menu yg telah siap. Kalau menggunakan kad kredit pulak, pengguna boleh swipe kad pada screen dan terus mengambil order yg telah siap. Mudah bukan? Dapat bayangkan tak?

Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

July 26, 2008

Zaman Persekolahan

Tuan Ahlik merupakan lagenda dalam sejarah negara. Beliau mula menyerlah selepas berjaya menubuhkan sebuah parti yang digelar Parti Bersama.

Mengimbas kembali sejarah Tuan Ahlik, beliau mendapat pendidikan awal di sekolah kebangsaan. Pendidikan awal beliau bermula di Sekolah Rendah Kebangsaan Tanjung Latap. Sejak di sekolah rendah lagi beliau mula menonjolkan sifat kepimpinan yang tinggi.

Sebaik sahaja mendaftar di Darjah 1, beliau terus dilantik sebagai Ketua Darjah. Penglibatan aktif beliau dalam aktiviti sekolah telah memberi keyakinan kepada guru-gurunya untuk melantik beliau sebagai Ketua Murid. Ketika pemilihan Ketua Pengawas, sekali lagi beliau diberi mandat untuk memegang jawatan penting itu.

Mendapat pendidikan yang jauh dari bandar dan jauh sekali dari arus pemodenan tidak menghalang beliau untuk mengecapi kejayaan. Semasa ujian UPSR, beliau berjaya mendapat 3A dan 2B.

Beliau melanjutkan pelajaran sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Durin, Sibu. Namun, nekad untuk tidak bersekolah di sekolah berasrama penuh telah menyebabkan beliau berpindah ke Sekolah Kebangsaan Chung Hua Sibu. Pertukaran itu berlaku selang seminggu selepas mendaftar di SMK Durin. Bukan niat beliau untuk belajar di SMK Durin. Tetapi, sistem pada masa itu mengarahkan semua pelajar dari tiga buah sekolah berdekatan (termasuk SRK Tanjung Latap) untuk melanjut pelajaran ke SMK Durin.

Bermula episod di SMK Chung Hua, beliau dilantik sebagai Penolong Ketua Tingkatan. Pemilihan pengawas sesi petang turut melibatkan beliau. Beliau terus mengasah sifat kepimpinan dalam suasana pelajar yang jauh lebih ramai berbanding di SRK Tanjung Latap.

Semasa peperiksaan PMR, beliau telah mengharumkan nama sekolah apabila menjadi salah seorang pelajar yang mendapat semua A dalam pelajaran. Beliau berjaya membuktikan beliau mampu bersaing dengan pelajar bandar walaupun tanpa perlu mengikuti kelas tuisyen.

Beliau memutuskan untuk menjadi pelajar Fizik ketika masuk ke Tingkatan 4. Dalam ujian SPM pula beliau berjaya mendapat 6A 3B. Beliau terus melanjutkan pelajaran di Tingkatan 6 dalam aliran Sains Fizik. Walaupun pada masa itu dasar pendidikan negara digubar sedikit, di mana Kolej Matrikulasi dibuka kepada bukan bumiputera, belaiu tetap nekad untuk menuntut di Tingkatan 6.

Sepanjang Tingkatan 6, sifat kepimpinan Tuan Ahlik terus diasah dengan baik apabila beliau diberi kepercayaan mengatur disiplin pelajar semua sekolah dengan perlantikkan sebagai Timbalan Ketua Pengawas I.

Setakat ini. Bersambung..


Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

July 25, 2008

Sedangkan Lidah Lagikan Tergigit

Tiap kali menonton rancangan arahan P.Ramlee, pasti banyak nasihat yang muncul. Walau berapa kerap pun menonton rancangan P.Ramlee, tetap tidak jemu. Dan, yang peliknya nasihat org lama amat mudah masuk otak. Dalam rancangan 3 Abdul, P.Ramlee ada menuturkan dialog berikut:

"Sedangkan lidah lagi kan tergigit"

Kata-kata ini amat bermakna bagi pasangan yang ingin mengekalkan hubungan agar kekal hingga ke akhir hayat. Mesti ada "give-and-take". Buang yang keruh, ambil yang jernih, baru teguh peribadi, bak kata P.Ramlee.

Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

Hantu

Baru td pergi youtube, search perkataan hantu. Teringat peristiwa yg berlak waktu Ahlik kecik2 dulu. Cerita hantu la.. Cerita nya mcm nie. Seorg perempuan nie, tiap kali dia mengandung pasti bayi tu meninggal. Jadi, jmpala bomoh.
Bomoh lakukan upacara memanggil hantu tu. hantu tu mcm mengganggu la. kira hantu tu la makan baby tu. Bomoh panggil punya panggil, lalu berlaku pertarungan. Bomoh tu pegang 2 parang dan seluruh tubuhnya ditutupi kain yg besar. Dalam usaha memanggil hantu tu, dgr cerita bomoh ni dibantu "yang" ataupun roh. roh ni yg terbang jauh. Yang lawaknya, ada ketikanya bomoh ini akan ketawa. tau tak kenapa? ada juga org tua tanya bomoh tu lps upacara habis. kenapa dia ketawa. masa roh terbang jauh tu, dia ada ternampak org buat seks! hehe...
Ok, berbalik kepada cerita td. Jadi, bmoh ni bertarung. Tidak lama kemudian, smua org terkejut sbb ternampak bekas darah. bekas darah tu menghala ke arah sungai rajang.
Selesai sudah, bomoh itu pun cerita. Katanya, hantu itu tidak dibunuh. Cuma dicederakan sedikit. Sebab hantu tu degil ckt, so bomoh kasar skt dgn dia tu.

Ada masa lagi, Ahlik cerita lagi. ni hadiah utk korang. Hantu besh.. Enjoy..Thanks youtube for the clips. kalau korang nak download dan simpan video tuh, klik DI SINI.

July 24, 2008

Plat Nombor Malaysia

Kalau sebut pasal plat nombor, memang saya selalu konfius. Hehe..Cepat lupa bah.. Ok, sebagai perkongsian saya listkan semua plat number utk semua negeri.

A=Perak
B=Selangor
C=Pahang
D=Kelantan
J=Johor
K=Kedah
M=Melaka
N=Negeri Sembilan
P=Pulau Pinang
R=Perlis
T=Terengganu
Q=Sarawak
E=Sabah
Z=Ahlik

Ops..terlebih sudah..hehe..

Syukur

Tak terasa, dah masuk final year..Dah makin matang kah pemikiran saya? Syukur, sebab ada rakan2 di sini berkata saya nampak mature. Sepanjang berada di UTP ni, saya dapat rasakan banyak sangat kenangan. Tahun pertama agak sukar sebab inilah 1st time sy duduk jauh dari family. Saya cuma merasa duduk asrama masa masuk sekolah menengah. Itupun sebab paksaan pihak atasan jabatan pelajaran. Tapi xpe, saya dah maafkan diorg. Nekad dengan keputusan xnak duduk asrama, saya pun pindah slps 1 minggu 2 hari duduk asrama. Masuk sekolah lain, sekolah harian. Habis spm, sy buat kptsn proceed dgn STPM di sekolah yg sama. Bukan x dpt matrikulasi, tetapi x pergi. Akhirnya, masuk utp. Bak kata mak saya, ilmu tidak ada di tepi tangga rumah. 1st time bjauhan. Payah juga, tambah dgn subjek engineering. Namun, kini dah final year. Rasa pilu sangat. Macam dah nak hampir sgt saat meninggalkan utp. Sy kongsi dgn rakan2 junior. Bljr kena ada hati. Jgn sbb nak lulus periksa, kena ada hati nak tahu lebih. Tidak apa kalau hari xnak bljr, ilmu xnak masuk. Tapi cuba lagi esok ka, lusa ka.. Ingat, bukan kejayaan tahun2 lps menjanjikan kejayaan hari ini. Tidak pernah ada noktah utk manusia mencipta kejayaan. Tidak kisah lah kejayaan kecil, ataupun besar.

Watch Korean, Japanese, Taiwanese Drama and Movie online!

Watch Korean, Japanese, Taiwanese Dramas and Movies online! Coffee Prince, Romantic Princess, Hana Kimi, Why Why Love, Golden Bride, 9 End 2 Outs and many...
www.mysoju.com/

You need software to download the streaming media? Click HERE.

Ujian akhir CIA

Tiga lelaki sedang bersiap untuk mengikuti ujian akhir untuk menjadi agen CIA. Pegawai bertugas menyatakan yang didalam ujian akhir mereka ini, mereka dikehendaki membunuh isteri masing2. Pegawai itu memberi senapang pada Abdul dan kemudian masuk ke bilik sebelah dimana isterinya berada. Beberapa minit kemudian lelaki itu keluar dan mengatakan dia terlalu cinta kepada isterinya, tak kuasa ia membunuhnya.
Amin memasuki bilik yang lain dengan senapang untuk membunuh isterinya. Sepuluh minit kemudian dia keluar dan menyatakan.. betapapun dia ingin jadi agen CIA, dia tak sanggup membunuh isterinya sendiri.
Kemudian pegawai itu memberikan senapang kepada Akbar dan kemudian masuk bilik yang mempunyai isterinya... Setelah 15 minit mereka semua mendengar bunyi tiga kali tembakan. Kemudian setelah beberapa minit.. lelaki itu keluar dengan nafas termengah-mengah dan berpeluh... Pegawai itu bertanya apa yang terjadi.. dan Akbar menjawab "Tuan bagi senapang yang ada peluru kapur.. jadi aku terpaksa mencekik leher isteriku untuk membunuhnya.."

Buah Durian

Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...
Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"
Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya..
Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"
Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Samdol..
Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"
Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"

Cerita Dahulu Kala

Dahulu kala.. dalam kerajaan Phuket.. ada seorang raja yang mempunyai anak puteri.. Kedua anak ini mempunyai permintaan yang perlu dipenuhi. Anak pertama meminta dicarikan kuda yang mampu berlari kencang dan patuh kepada majikannya serta cantik penampilannya.
Anak kedua pula permintaannya tidak terlalu sukar.. Dia hanya minta suatu cerita. Dan ceritanya berbunyi begini... Dahulu kala.. dalam kerajaan Phuket.. ada seorang raja yang mempunyai anak puteri.. Kedua anak ini mempunyai permintaan yang perlu dipenuhi. Anak pertama meminta dicarikan kuda yang mampu berlari kencang dan patuh kepada serta cantik penampilannya.
Anak kedua pula permintaannya tidak terlalu sukar.. Dia hanya minta suatu cerita. Dan ceritanya berbunyi begini... Dahulu kala... ................................ bla.. bla... blaaaa

Kemalangan jalanraya

Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tinga lampu dan terbalik.. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa sedikit lukapun
Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu... lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut..
Polis : "Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?"
Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.
Polis : "Oh... kereta terbalik beberapa kali... jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?"
Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak..
Polis : "Oh... lelaki itu sedang mabuk masa memandu.... dan bagaimana pulak wanita tua itu? anak-anak juga buat apa?"
Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar.
"Oh... okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?"
Dan... si monyet kemudian menirukan gaya memandu.

Untuk apa kamu datang kesini?

"Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah "Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Badang!"
"Maaf, saya tidak tahu.. encik"
"Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangani?"
"Maaf, saya tidak tahu juga, encik.."
"tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?"
"Mahu memeriksa kabel lampu ini, encik.. Saya petugas TNB"

Pisang

Ahmad dan Ali menaiki kereta api buat pertama kali dalam sejarah hidup mereka. Kedua-duanya turut membawa sesikat pisang sebagai bekalan semasa dalam perjalanan. Setelah agak lama dalam perjalanan, Ahmad memberikan sebiji pisang pada Ali. Sebaik Ali menggigit pisang di tangannya, kereta api memasuki terowong yang panjang. Ali : Kau dah makan pisang tu? Ahmad : Belum lagi... Ali : Eloklahhh..... Jangan dimakan. Baru saja aku gigit terus mata jadi buta!...

Telur

JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba. Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya. "Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai... Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?" Jamal menjawab, "Err.... Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya!"

Zorro & Robinhood

Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik. Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit... "I AM ZORRO....."
Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan jobonye jugak.... si Robin Hood kata.... " I AM ROBIN HOOD............"
Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu. Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP.............!!!! PPRRAAPP. Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata....... ......"I AM SORRY....!!"

Malu Sesangat

Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar. Psychologist tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih." Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!" Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!"

Rahsia Menangkap Ikan

Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut... so crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.
Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"
Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi.
Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."
CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"
Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu..."
CrewTV3 : "Oooooooooooo......."

Siapa Ini?

Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut.
Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"
Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"
Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"
Jururawat: "Erkkk..."

Dot Pi Dot Mai

Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian. "Kenapa ni sayang?" tanya Salman. "I diserang sakit jantung", jawab isterinya. Salman berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata, "Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar." Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Roslan(pun bukan nama betul) jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian. Salman menarik Roslan keluar dan berkata, "Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye?"

Haram menikahi gadis satu kampung

MUI jakarta mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan rapat dan diskusi diantarapara pemimpin MUI dan dewan pakarnya, memberikan fatwa pada tanggal 3 oktober tahun 2003:
"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SEKAMPUNG" Fatwa MUI ini telah menimbulkan perdebatan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahwa MUI telah gegabah mengambil keputusan tersebut. Untuk mencari tahu alasan MUI mengeluarkan fatwa tersebut, maka wartawan republika mewancari sekretaris umum MUI Prof. Dr. Din syamsudin
Inilah isi wawancara tersebut:
Wartawan: Pak syamsudin, bagaimana MUI bisa mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis sekampung?
Prof. Dr. Din Syamsudin: Bagaimana enggak haram, menikahi empat orang gadis aja berat, apalagi satu kampung, kan itu banyak jumlahnya.....

Timbang

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!"
Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"
Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan:
"Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai-ramai!"

Radio Istimewa

ISTERI:abg, buah dada sy bgaikan sblh butang tune & sblh butang Volume speaker radio. SUAMI:Ayg,bleh abg cuba? ISTERI:tentulh boleh,kn ini suma mlk abg.Jadi si SUAMI pun mraba,mmulas buah dada si ISTERI,tp xda bnyi apapun! SUAMI:radio ape nie? Si ISTERI senyum: X cucuk plug mana ada bunyi bang?...

Hitam

Puisi cinta hitam: Hitam2 buah maritam, dimkn itam lalu pitam, ketam dipintur padi dikatam, puisi ini ku antam2, sj nk bgtau ketiak mu hitam! hehehe...

Pengumuman

Pengumuman; sesiapa yg ada t'jumpa budak perempuan b'umur 7 taun yg memakai bju hjau, bselipar jepun warna biru sila hubungi emak nya di nombor 0139000000 dgn kadar segera kerana emaknya mahu mmakai selipar jepun itu..hehe

3 beradik

Ada 3 beradik bernama Gila,Otak dan Gaduh.Gaduh hilang.Gila dan Otak pergi balai polis.Otak tunggu kat luar. Gila masuk ke dlm jmpe polis.polis ckp ada ape?"Gila ckp "nak cari Gaduh". polis ckp "awk gila ke?"Gila ckp "ya sya Gila".polis ckp "tkde otak ke?"Gila ckp"otak ada kat luar"..Keh...keh...keh..

Don't Stop!

CikgU kAtE kLu Org pEgAng tgN kitE knA kAte 'jAngAn".kLu nAk knA ciUm puLak kAte "bErhEnti". jAdi,kLu Org pEgAng&ciUm kitE, kAte "jAngAn bErhEnti" .hehe (',)

Pbezan & psaman

Beza wnita dgn gajah,GAJAH:Dtembak dlu bru rebah,WANITA:Rebah dlu bru dtembak.
Beza lelaki dgn gajah. GAJAH:Kpalanya bebelalai. LELAKI:Belalainya bkpala.Apakah psaman LELAKI dgn TIKUS? Sama2 suka cari lubang & masuk lubang. Apakah psaman WANITA dgn MONYET?
Sama2 gembira dpt pisang...

Sepi.2 : Malang Tidak Berbau

"Eh, ingatkan dah berhenti. Lama tak nampak batang hidung. Kahwin eh?", sindir Maya sambil mencebik bibir. Kawan seperjabat Zai. Zai membiarkan pertanyaan Maya berlalu begitu sahaja dibawa angin sembilu. Zai menepuk kerusinya yang agak berhabuk. Tidak terasa, sudah hampir dua minggu Zai tidak datang bekerja. Panggilan dari rakan seperjabatnya pun dibiarkanya tidak berjawab semasa dia tidak datang ke pejabat dua minggu yang lepas.

24 July 2008

Semalam sy set jam dalam diri untuk bangun pkl 8. Dgn kuasa yg diberi Tuhan, jam dlm diri bbunyi stgh jam lebih awal. Semuanya kerana sy ingin daftar tajuk FYP1 sy. By 815am, i already at block 23. Fuh..nobody! Some lecturers just arrive. Im so excited that i was the 1st one register. And i get da topic i wan! I cannot xplain the feeling, so satisfy..
Dear Linear Motor, I will design u properly and hopely to see u to be installed in my car and others* car in a few years to go... MuuuaahhhH!
Thinking +ve = Ingat Memori Gembira

July 13, 2008

TV Streaming

Alamak! Terlepas pulak rancangan kat tv sebab member ajak makan canai kosong.!
Jangan bimbang jangan gusar, mai sini abang tolong. Adik2 ada pilihan untuk menonton semula rancangan tersebut di internet.
Di sini, saya ambil contoh TV3. <<http://www.tv3.com.my/Shows/MainHighlight.aspx?MasterID=265&ShowID=233&MenuID=1&TemplateID=1>>

Contoh di sini adalah Rancangan Majalah Tiga. Anda boleh lah browse pulak rancangan EZORA ke, VICE VERSA ke.. Cuba tengok COLUMN SHOWS untuk melihat senarai yang ada. Terpulang kepada anda lah, tetapi kalau nak terus membaca blog Ahlik pun boleh gak. Hehehe.. Daa..
http://ahlikselepastahun2084.blogspot.com/

Kereta Proton JUARA Kereta Paling XLAWA?

Saya xnak komen ape2 lagi. Tetapi member kita sorang nia, dia anugerahkan ANUGERAH TAK TERHINGGA ini kepada Proton JUARA. Buatan MALAYSIA tu.. Nak tau kenapa? jom terjah blog dia @ andrereutens.

Kekasih Separuh Masa [Part Time Lover] ;^)

Kekasih Separuh Masa?
Pendapat peribadi saya, ramai yang pernah mengalami perkara seumpama ini, tetapi dalam istilah yang berlainan. Mungkin main kayu tiga? Teman tapi mesra? Ataupun skandal? Walau apapun istilah yang diberi, ingin saya tegaskan di sini
JANGAN LAKUKANNYA!
Sesungguhnya, pasti ada yang akan terluka, cuma masa yang akan menentukan masanya. Mungkin ada yang akan ketawa sebab puas hati, ataupun turut berasa sedih dan simpati?
Situasi 1:
Si A telah lama bercinta dengan si B. Namun, hubungan mereka tidaklah bahagia sangat. Tetapi sayangkan hubungan yang terbina, mereka tetap mengikat hubungan itu. Pada suatu hari, Si A terjumpa si C. Hubungan mereka agak rancak. Makin kerap berjumpa dan bersama. Ikatan cinta terbina kerana merasa mendapat perhatian dari seseorang. Namun, asal ada si B di sekeliling, Si A akan mula tak senang duduk. Takut si C menghantar sms pada timing yang silap. Namun syukur, hubungan tetap lancar. Sepandai2 tupai melompat.. Keakraban hubungan Si A dan Si C diketahui. Marahlah si B. Maka, si A mula ingin memasang hasrat minta si C yang cuma datang sekejap untuk berhenti setakat itu. Siapa yang terluka dan merana? Ya, tepat sekali. Tentu si C yang kesihan. Si A pula merasa simpati. Meminta maaf, harap awak dapat pasangan yang baik dan bahagia. Selalunya, cerita akan berakhir seperti ini.
Situasi 2:
Dalam situasi ke-2 pula, saya akan membuatkan cerita ini berakhir dengan ending yang berlainan. Nantikanlah situasi 2 pada minggu hadapan. Untuk pedoman semua, hayatilah lagu dari The Lima, Kekasih Separuh Masa.

Thanks to youtube for the clip!
http://ahlikselepastahun2084.blogspot.com/


July 11, 2008

Sepi.1: Cinta Khayalan

"Tut..tut.."
Handphone terus berbunyi tanpa sesiapa menjawab.
"Tut..tut.."
Handphone seperti enggan berputus asa dan terus memanggil Zai.
Tidak lama kemudian, suasana kembali sunyi.
Sungguh sunyi. Tidak kedengaran lagi esakan manja Zai. Angin dingin pagi itu membuatkan suasana bilik tidur anak Pak Mahktar semakin sejuk dan dingin.
"Oh Zai! Dah la tu.. Jangan ditangis lagi kenangan semalam. Bangun nak..Buka pintu ni. Mak ada bawakan kek coklat kegemaran Yut ni", kedengaran jelas suara Mak Idah. Yut merupakan nama panggilan manja Mak Idah kepada Zai.
Zai bangun malas dan membuka daun pintu perlahan. Rambutnya yang paras bahu tetap kemas walaupun baru bangun tidur.
"Dah pukul 11 dah nie. Baru bangun anak bertuah ni. Ni ha..Kek kamu. Habiskan, ada lagi kat dapur. Jangan nangis lagi. Yang sudah tu, sudahlah. Biarkan jadi kenangan. Pandang ke hadapan. Oh ya, nanti mama nak Zai teman kan mama pergi beli barang kejap", panjang leter Mak Idah.
Zai membiarkan mamanya berlalu tanpa menjawab sepatah pun. Hatinya masih keliru. Seperti mimpi. Kalau boleh, dia harap sangat perkara semalam hanya mainan mimpi. Namun, malangnya peristiwa semalam adalah kenyataan, dunia realiti.
"Huh..!" Panjang hela nafas Zai. Dia merenung jauh ke taman rumahnya. Dia melihat adiknya Eajat sedang asyik mengejar arnab kesayangannya. Memang patut pun arnab tu tidak pandai membesar. Asyik didera Eajat ke sana ke mari. Zai tersenyum sendiri mengimbas kembali saat dia menghadiahkan arnab itu semasa Eajat menyambut hari lahirnya yang ke-4.
"Mak! Takut! Maaakkkk!" Tergelak lagi Zai terkenangkan saat adiknya terkencing kerana terkejut melihat arnab yang melompat ke arahnya.
"Fuh..!" Alahai, tidak habis lagi keluhan si Zai ni. Kedengaran lagu Stacy yang berjudul Cinta Khayalan berkumandang di corong radio.


Rasa lahirnya impianku
Bila terpandang wajahmu
Lirik senyuman kilauan sinar
Memikat memukau jiwa ini

Ingin aku menyapa
Mahu ku kenali hatimu
Terkhilafku memang ini
Khayalan

Tak dapat aku lindungi perasaan
Engkau impian yang aku angankan
Kau yang ku puja, kau yang ku sanjung
Kau yang aku angankan
Kau yang ku sayang, kau yang ku cinta
Kaulah satu cinta anganan

'Tup!!". Belum sempat pun lagu itu habis, Zai telah pun memadamkan suiz radio. Kalaulah radio itu bisa berkata, tentu radio itu akan marah padah Zai yang telah memukulnya dengan kasar. Mak Idah cuma mampu menggelengkan kepala. Dia cuma mampu berdoa moga-moga Zai cepat kembali pulih. Tidak pernah pagi begitu sunyi tanpa usikan manja Zai.

~Bersambung~
Any idea nak sambung cerita ini, amat dialu2kan..poskan dekat chat column. TQ.
http://ahlikselepastahun2084.blogspot.com/

Lagu dan Lirik Pilihan 11 Julai 2008

Buat:

Stacy - Cinta Khayalan

Rasa lahirnya impianku
Bila terpandang wajahmu
Lirik senyuman kilauan sinar
Memikat memukau jiwa ini

Ingin aku menyapa
Mahu ku kenali hatimu
Terkhilafku memang ini
Khayalan

(chorus)
Tak dapat aku lindungi perasaan
Engkau impian yang aku angankan
Kau yang ku puja, kau yang ku sanjung
Kau yang aku angankan
Kau yang ku sayang, kau yang ku cinta
Kaulah satu cinta anganan

Engkau lepaskan perasaan
Setulus hati jiwamu
Terdetik rasa, penuh bermakna
Memikat hati dan naluriku

Ingin aku menyapa
Kau tetapkan perasaanmu
Kau berikan cinta yang
Terkhayal

(Ulang korus)

Walau ku tahu kita
Tak mungkin bersama
Tetap ku sanjung cintamu yang suci…

(Ulang korus)


Minyak Naik: Apakah alternatif yang kita ada sekarang?

Kenaikan harga minyak nampaknya amat menggemparkan negara. Sebab utama adalah kenaikannya terlalu banyak, iaitu sebanyak 40% dari harga sebelumnya. Apakah alternatif yang kita ada?

1. NGV (Natural Gas for Vehicle)
2. Hidrofuel (berasaskan hidrogen)
3. Kereta Hybrid
4. Smaller and more fuel-efficient cars
Akan datang, PROTON akan memasang kit NGV untuk model kereta Waja, Saga dan Persona.

Honda Civic Hybrid 1.3
(Dilancarkan Ogos 2007. Untuk rekod, kereta hybrid di Msia diuruskan oleh Premier Hybrid Car Sdn. Bhd.)
Toyota pula membariskan 8 model keretanya untuk berada dalam kelompok kereta hybrid.

Toyota Prius

Toyota Estima

Toyota Alphard

Toyota Camry

Toyota Highlander

Toyota Lexus LS

Toyota Lexus GS

Toyota Lexus RX

Sekarang berbalik kepada kereta yang jimat minyak. Sudah pasti Perodua yang menggondol anugerah ini.

Menurut Pengarah Urusan PERODUA, Datuk Syed Hafiz Syed Abu Bakar, booking Viva terus melonjak 65% kepada 11,100 unit bulan Jun berbanding jumlah jualan biasa yang cuma 6,700 unit untuk 5 bulan pertama tahun ini.

Perodua VIVA

MYVI pula 8,000 unit sebulan.


Sayang Ahlik

Sayang Ahlik

Cuti2 Malaysia. Anda pelancong dari negara mana?