MagSaver-R??
Mungkin anda semua seperti Ahlik. Jenis yang suka nak tahu dan nak sangat ambil tahu. Dalam keadaan harga minyak yang agak mahal (currently rm2.55/liter), ramai jugalah yang menangguk di air yang keruh dengan memperkenalkan pelbagai solution kepada penjimatan minyak. Pernah terdengar hidrofuel? Magsaver? etc..
Kali ni, Ahlik nak bagitau semua tentang pendapat Ahlik tentang Magsaver-R. Teknologi ini dikatakan berasal dari Jepun dan diberi warranty SEPANJANG HIDUP! Sampai macam tu sekali keyakinan depa semua. Dengan hanya membayar RM199++, pengguna mampu menjimatkan minyak antara 10%-35%. Wau! Banyak tuh.. Katakan penggunaan anda adalah RM50/hari. Ini bermakna anda dapat menjimatkan antara rm5-rm17 sehari!
Teknologinya cukup mudah. Cuma pasangkan dua keping MAGNET (magnet kekal yang agak kuat-jika magnet itu dah melekat, x dapat nak buka dengan tangan). Magnet itu dipasang pada saluran getah minyak sebelum masuk ke enjin. Magnet itu cuma dikepit di situlah. Itu sahaja. Takde benda lain. Itu sahaja.
Pendapat Ahlik:- Adakah magnetic wave dari magnet mampu mengubah struktur molekul minyak?
- Benarkah teknologi ini benar-benar berkesan untuk semua jenis kenderaan? (petrol, diesel or gas?)
Malangnya, daripada 2 feedback yang secara tidak langsung diterima oleh Ahlik rata-rata mengatakan ingin memulangkan balik terknologi tersebut kerana langsung tidak ada kesan kepada penggunaan minyak. Erm..Terpulang kepada anda untuk memilihnya. Yang lucunya, pada iklan/pamplet jualan benda itu terdapat 1 fakta yang telah dipadamkan tetapi mampu dijejak semula. Info tersebut mendapat rangking no1 dalam senarai kelebihan sistem tersebut dan ianya berbunyi seperti iklan PETRONAS iaitu "Diuji di makmal, terbukti di jalan raya". Mungkin sebab itulah mereka memadamkan info tersebut di atas pamplet mereka, takut disaman syarikat minyak negara itu. Lain kali, Ahlik cerita pula tentang bab HidroFuel. Daa...
Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira
August 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment