May 29, 2008

Teka Teki Untuk Orang Bijak

Dalam sebuah negeri padang jarak padang terkukur, ada seorang kaya yang memiliki ladang buah-buahan yang sangat luas dan subur.

Memandangkan ladangnya yang sangat subur, maka ada yang iri hati. Pada suatu hari, ladang buah-buahan orang kaya telah dibakar oleh orang yang iri hati dengannya, sampaikan tiada sebiji pun yang tinggal..

Tetapi, terdapat 3 jenis buah yang masih dapat diselamatkan.

Soalannya, apakah 3 jenis buah tersebut dan beri sebab mengapa tidak terbakar..Jawab..Jangan tak jawab!

Kreatif: Peti Sejuk USB


Hai kawan2.. Ni nak share 1 invention baru daripada Dream Cheeky..

USB FRIDGE!

Ya..Dengan sambungan dari USB port, anda telah pun mempunyai sebuah peti sejuk. Dikuasakan oleh laptop anda. Just plug and play.

Malangnya, hanya muat untuk sebiji coke~!

Interesting?
Nak tahu lebih lanjut or nak beli untuk buah hati?
Layari www.dreamcheeky.com

Gambar ihsan dari www.dreamcheeky.com juga. =)

May 27, 2008

Cinta Zaman Sekarang: Cinta dan Seks

Cinta Zaman Sekarang: Cinta dan Seks

"Test dulu sebelum kahwin" semakin berleluasa. Itu kira ok lagi kalau
betul-betul mendirikan rumah tangga. Sekiranya hubungan yang terlanjur
itu terhenti begitu sahaja, apa kesannya kepada si gadis dan lelaki
tersebut?

"Ala..biasalah benda itu sekarang pakcik. Negara kan bertamadun".
Tamadun kepala hotak hang. Tamadaun bermaksud minda kita tidak mudah
dipengaruhi orang lain. Ini tidak, orang putih seks sebelum kahwin dia pulak
sibuk2 kata orang putih bagus2, jom ikut.

Kesan Seks sebelum Kahwin

Kesan yang mendalam akan dihadapi oleh gadis. Gadis yang suci selama
ini bakal tidak bergelar dara sekiranya melakukan hubungan seks sebelum
kahwin. Gadis yang superior adalah gadis yang menghadiahkan "dara"nya
kepada suami yang tercinta selepas hubungan direstui keluarga melalui
perkahwinan yang sah. Gadis yang tidak matang akan menyerahkan mahkotanya
demi menunjukkan rasa cinta yang mendalam. Dalam sangat kalau buat
macam tu? Kalau ditinggalkan, menangislah engkau seorang diri.

Gadis yang telah ditinggalkan akan merasa rendah diri kerana kehilangan
sesuatu yang amat dibanggakan selama ini. Pada masa itulah timbul
penyesalan. Ramai yang trauma untuk bercinta kerana teringat kenangan
silam. Rasa ingin bercinta terpaksa ditelan kerana tidak yakin untuk bertemu
dengan insan yang betul-betul menyayangi dirinya.

Sekiranya lelaki tersebut rela menerima apa yang telah berlaku, rasa
rendah diri perempuan itu akan menjadi lebih parah. Penyesalan di tahap
maksima kerana melakukan perkara terkutuk itu. Seandainya lelaki
tersebut betul2 ikhlas, si gadis terus menyimpan tanda tanya sama ada lelaki
itu jujur dalam menyatakan kesediaannya menerima diri yang serba
kekurangan. Fikirkanlah.

Pisang berbuah 2 kali

Malang sekali peribahasa ini wujud dalam masyarakat kita hari ini.
Gadis yang pernah mengalami pengalaman pertama menikmati seks terus ingin
melakukan perkara yang sama, terutama di bandar-bandar besar.

"Ah, diri ini dah rosak. Alang2 rosak, biar rosak terus!". Inilah yang
dipraktikan dari peribahasa "Alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke
pangan lengan". Pening. Apa kaedah yang baik untuk menyedarkan golongan
ini?

Punca Gejala Seks Luar Nikah

Pergaulan yang bebas
Pergaulan yang tidak terbatas menjurus ke arah seks bebas. Ibu bapa
yang langsung tidak mengambil berat perihal anak-anak, akan memudahkan si
anak yang baru reti berlari mencari keseronokan. Keseronokan melakukan
hubungan seks. Ya memang benar, bukan salah ibu bapa sepenuhnya. Tetapi malangnya,
ibu bapa berasa malu berbincang isu seks dengan anak-anak. Apabila
bergaul dengan rakan2 di luar, si anak akan terkejut dengan budaya seks.

"Ala, tak macho la tak buat seks"

Kahwin

Susah kalau kahwin org Telekom tiap 3min jer terputus;
ahli Bomba lagi teruk buka kepala terus nak pancut;
Dr Gigi pun lebih kurang je goyang2 pasti cabut;
Askar bahaya sikit asyik nak tembak je;
Kalau Mat Rempit lagi dahsyat Lampu merah pun dibedalnya;
Baik kahwin dgn cikgu Kalau kurang jelas akan diulangnya samapi puas!
Hehehe..
Thanks to Myra lalala for dah msg.. =)

Tips: Bos yang baik

Tips: Bos yang baik

>> Boss yang baik harus pandai mengambil kesempatan di atas kelemahan pekerjanya. Maksudnya, ala..siapa makan cili diala rasa pedas.

Boss harus teliti untuk membezakan pekerja yang naif, taat dan tidak berani melawan kata-kata. Pekerja jenis ini harus diambil kesempatan selalu.

>> Boss mesti selalu campur tangan department lain agar cepat naik pangkat. Perkara ini penting bagi memastikan usaha naik pangkat berhasil dalam masa yang cukup singkat.

>> Boss yang baik harus pandai menonjolkan kelebihan diri atau dalam bahasa inggeris "show off". Teknik ini harus diamalkan tidak kira usaha itu merupakan usaha diri sendiri ataupun usaha orang lain. Lebih baik jika usaha orang lain tetapi kita mengampu dan mengatakan bahawa itu adalah hasil kerja kita agar kita mendapat nama yang baik dari pihak atasan. Bak kata pepatah, lembu punya susu tetapi sapi punya nama.

>> Boss kena pandai bertindak sebagai "hero" dalam banyak keadaan. Boss yang baik perlu tajam dalam memancing peluang agar dapat menyerlahkan diri sebagai hero. Barulah senang kita mendapat publisiti murahan dan secara tidak langsung akan menaikkan nama kita di dalam sesebuah oragnisasi.

>> Boss yang baik perlu mahir dalam "masuk campur urusan orang lain" walaupun urusan itu tidak memerlukan campur tangan sendiri.

>> Boss hendaklah merupakan seorang yang tegas dan pandai menunjukkan muka masam tidak kira masa. sikap rajin dalam mangamalkan etika kerja ini akan menyebabkan pekerja bawahan tidak suka berdampingan dengan boss tadi. Pesan saya, teruskan bermasam muka kerana mana tahu suatu hari nanti syarikat anda akan ada "Anugerah Muka Boss Paling Masam". Paling baik kalau boss itu pandai memberi kata semangat agar tidak memberi mimik muka masam kepada orang lain tetapi pada masa yang sama, dia pandai pula bermasam muka ibarat mati bini. (Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih)

>> Emosional. Ya, boss mesti emosional selalu kerana dipercayai tindakan ini akan menyebabkan pekerja bawahan tidak selesa bekerjasama dengan anda. Pendek kata, emosional lah selalu.

>> Boss yang baik wajib mementingkan diri sendiri dan tidak perlu mengira kebajikan dan perasaan para pekerjanya. "Selfish" bak kata orang putih. Tak paham juga?

>> Jangan pandai menghargai usaha para pekerja. Boss mesti mengelakkan diri daripada memuji usaha para pekerja kerana perkara ini akan memberi motivasi kepada pekerja, iaitu bukanlah suatu perkara yang baik. Boss harus tajam pemerhatian dalam mencari kesilapan dan kelemahan pekerja. Pastikan anda terus-menerus marah para pekerja, mengutuk, mencaci, memaki hamun dan manyamun. =)



Hak Cipta Terpelihara
Ahlik2084

May 26, 2008

Cerpen Dalam Lagu: Ketulusan Hati

Mak Timah,
Mencintaimu memberikan daku syurga. Syurga kedua selepas syurga yang abadi. Walaupun setelah 30 tahun berlalu, cintaku masih segar. Masih kusimpan untukmu. Cintaku hanya untukmu, kucipta dengan seindah-indahnya. Kepadamu kekasih hati, kau lah remaja yang mencuri hatiku.

Saat pernikahanmu merupakan detik yang paling menyeksakan diriku. Ku dengar dari jauh, kompang dipalu dengan merdunya. Pertama kali aku menitiskan air mata bujangku. Apa lagi yang mampu kubuat. Aku meraung sekuat-kuatnya, tapi tidak ada seorang pun yang mampu mendengarnya, aku menderita Timah..

Aku sedar kau mendengar jeritan kasihku. Aku menjerit hingga peti suara ku enggan lagi menjerit. Hingga ke hari ini, aku masih lagi menyimpan perasaan ini. Bukan aku tak mampu mencuri hatimu, tetapi aku terpaksa melupakan hasrat itu kerana ku lihat dirimu cukup bahagia bersama insan lain. Suratmu masih ku simpan. Kubaca tiap-tiap hari. Cinta kita sungguh indah.

Timah, andai kau masih mendengar jeritan kasihku, ku ingin kau tahu aku masih menyintaimu. Aku kini hanya menunggu masa. Tapi percayalah, usia tidak akan memadamkan jeritan cintaku terhadapmu.

Sebelum ku meninggalkan dunia yang penuh dengan cinta ini, ingin kupersembahkan cintaku yang telah kutulis 30 tahun yang lalu yang berjudul KETULUSAN HATI. Bacalah.. Andai kau membacanya, kau teruskan usaha ku dalam blog ini. Password nya telah ku ukir di pohon sena tempat kita berjumpa dahulu.

Relaku menunggumu sayang, seribu tahun lama lagi..
Tapi benarkah hidup ku kan selama ini...

Timah,
Ku menyintamu sayang..

Anuar Zain - Ketulusan Hati

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untu selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

oooo

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

May 25, 2008

Politik: Pucuk pimpinan UMNO tidak wajar menghukum Datuk Mukhriz, kata Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak bersetuju jika pucuk pimpinan parti mengambil tindakan ke atas Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir.

Info lebih lanjut: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0525&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

Stacy: Bakat dan Usaha


Tahniah!

Sesungguhnya Stacy merupakan JUARA sebelum juara. Bakat dan potensi Stacy (AF6) sememangnya sudah menyerlah sejak minggu pertama lagi. Dengan bakat semulajadi dan juga usaha beliau yang rajin memantapkan diri setiap minggu telah menjadikan beliau sentiasa top setiap minggu. Syabas buat Stacy.

AF6 kini semakin matang dengan kematangan para pengundi dan peminat yang makin pandai menilai bakat, dan bukan sekadar paras rupa.

Harapan buat Stacy:
Terus berusaha dan mantapkan seni tanah air. You go gurl~!

Berminat menyertai kelab peminat Stacy?
Go to http://www.stacyaf.com/

Disclaimer:
Gambar di atas adalah ehsan kreatif dari http://forum5.cari.com.my/viewthread.php?tid=351912

Isu Babi: I am confuse

Apabila manusia memandai untuk mentafsir sesuatu...

Huru-hara jadinya. Siapa yang harus diikut? Siapa yang benar? Masih confuse :x

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=9284

May 24, 2008

Batang Lupar: Pendapat Ahlik

Batang Lupar memang terkenal di Sarawak sebagai lubuk buaya.

Ahlik rasa la kan, jangan2 banyak emas yang terdapat di sungai itu yang masih belum dijumpai.

Logiknya, sebab di situ banyak buaya hingga kan pencari harta karun takut untuk meneroka kawasan tersebut.

Betul tak? Komen, silakan...

Cerpen: Adikku Sayang!!

Cerpen: Adikku Sayang!!

ADIKKKK....!!!HUWAAA
Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang... !" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg... .sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat... ..

"Kak... untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak... .Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi... aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya... ."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Disclaimer: Cerpen ini dihantar oleh kawan saya. Kepad tuan asal cerpen, sila emel kepada saya sekiranya ingin nama anda disiarkan dalam blog ini. Selamat berkarya!

Lessons in Logic

If your father is a poor man
it is your fate
but
if your father-in-law is a poor man
it's your stupidity

*****

I was born intelligent
education ruined me.

*****

Practice makes perfect.
But, nobody's perfect.
So, why practice?

*****

If it's true that we are here to help others,
then what exactly are the others here for?

*****

Since light travels faster than sound,
people appear bright until you can hear them speak

*****

How come "abbreviated" is such a long word?

*****

Money is not everything.
There's Mastercard & Visa.

*****

One should love animals.
They are so tasty.

*****

Behind every successful man, there is a woman.
And behind every unsuccessful man, there are two.

*****

Every man should marry.
After all, happiness is not the only thing in life.

*****

The wise never marry.
and when they marry they become otherwise.

*****

Success is a relative term.
It brings so many relatives.

*****

Never put off the work till tomorrow
what you can put off today.

*****

"Tour future depends on your dreams"
So, go to sleep.

*****

There should be a better way to start a day
than waking up every morning.

*****

"Hard work never killed anybody"
But why take the risk.

*****

"Work fascinates me"
I can look at it for hours.

*****

God made relatives.
Thank God we can choose our friends.

*****

The more you learn, the more you know,
The more you know, the more you forget
The more you forget, the less you know.
So...why learn.

*****

A bus station is where a bus stops.
A train station is where a train stops.
On my desk, is a work station...

What more can I say...

Sumber: Thanks to Iza for the email. Later i spons u 1 teh tarik. =)

Moral of the story: Whatever you do, there is a reason. Yeah~!

Cikgu, murid dan emosi

Tidak sangka, dah lebih 2 bulan aku mengajar. Semalam aku terpaksa memberitahu murid2ku bahawa aku akan balik ke Swk minggu depan.

3 minggu aku menyerahkan tugas kepada seorang cikgu lelaki berbangsa melayu di pusat tuisyen itu. Entahlah, saat memberitahu pengumuman itu hatiku begitu sebak.

Dalam aktiviti tuisyen itu, aku percaya dengan "motivasi belajar itu seronok". aku tidak mengambil pendekatan menekan pelajar agar mesti dan wajib menyiapkan kerja rumah. Apa yang aku nak mereka tahu bahawa belajar itu satu tanggungjawab dan bukan bebanan.

Apabila rasa tanggungjawab ada dalam diri, maka belajar merupakan satu keseronokan. Aku tambah pula warna-warni suasana pengajaran. Semasa hari ibu 11 may 2008 yang lalu, aku mengajak para pelajar menulis 1 kad ucapan khas buat ibu mereka. cantik mereka buat. 5 ayat dalam english itu ternyata merapatkan lagi hubungan pelajar dan ibu mereka. mereka berebut2 nak menceritakan apa yang berlaku semasa mereka memberikan kad itu..

"Cikgu, mak saya mencium pipi sy", kata Azira.
"My mother also kiss me. She said she love me too", kata Daniel.
Banyak lagi cerita diorang. Terharu sangat. Mak saya jauh kat swk. cuma dapat wish melalui handphone.

Sekarang sy dah berusia 24 thn. Tetapi, walau apa pun yang saya buat tanpa memberitahu dan minta restu mak saya, perkara itu kurang berjaya ataupun tidak berjaya.

Saya sangat sayang mak saya.

May 23, 2008

Reti nak cari serial number x?

Ya! Rajin pulak ahlik malam ni share bende baik dengan korang. Kalau ada tersilap, harap dimaafkan ya..

Ok, berbalik kepada teknik mencari nombor siri or in bahasa orang putih serial number di dalam Google (www.google.com)

Search "nero 94FBR" sebagai contoh sekiranya anda ingin mencari serial number untuk NERO.
Yang penting perkataan "94FBR" tu yang penting.

Senang jer kan? Selamat mencuba..

jap, apa komen kalian tentang "www.track-your-partner.com"?
Cerita sikit pengalaman anda..

Daa...

Pernahkah anda terfikir anda mampu edit internet explorer anda?

Ya, anda berkuasa dan mampu edit internet explorer.

Baiklah makcik2 dan pakcik2 sekalian, caranya mudah sahaja.
Taip "binatang" ini kat address url:
javascript: document.body.contentEditable = 'true'; document.designmode = 'on'; void 0

Susah2, copy anda paste jer. Pastu, edit jer la. Katakan anda nak tukar "Google" kepada "Gaagle" pun boleh. Nak tukar kaler pun boleh.

Selamat mencuba~~

May 22, 2008

Jom Menjejaki Lokasi Couple Anda

Tahukah anda bahawa dengan teknologi internet terkini anda mampu menjejaki lokasi kawan anda?

Caranya mudah sahaja.

Taip "www.track-your-partner.com"
Masukkan no telefon orang yang anda ingin tahu kedudukannya, dan tekan "Start Searching"

Satelit akan zoom kedudukan kawan anda dan memberi tahu kedudukannya "real time".
Teknik ini amat berkesan bagi pasangan yang selalu berbohong kepada pasangan anda.
Awas!

Selamat mencuba. Sebarang komen amat dialukan. =)

May 20, 2008

Hari Gawai 2008

wau! Dah bulan May dah..Gawai is just around da corner.yeah~~!

Ramai mem2 kat semenanjung nie tak dapat bayangkan apa yang berlaku semasa gawai.

Tuan2 dan puan2..

Hari Gawai merupakan perayaan yang disambut oleh orang Dayak sebagai simbolik musim menuai telah tamat.
Gawai disambut dengan meriah kerana pada masa inilah semua saudara akan kembali ke kampung halaman dan berkumpul semula.

Di tempat saya di Sibu, Gawai disambut dengan meriah sekali. Pelbagai acara diadakan untuk memeriahkan gawai. Antaranya acara sukaneka, karaoke, pertandingan kumang dan keling, minum tuak dan banyak lagi. Hadiah tidaklah lumayan sangat tetapi amat bermakna. Selalunya duit JKKK digunakan untuk membeli hadiah, namun YB tidak ketinggalan menyumbang sumbangan mereka.

Yang Berhormat kawasan akan melawat rumah panjang di kampung saya pada 1May tiap2 tahun. Pada masa itulah penduduk akan meminta apa jua projek pembangunan.

31May
Bagi yang masih kekal dengan amalan nenek moyang, lebih kurang pukul 2 petang upacara "miring" akan diadakan untuk menghormati Tuhan yang telah memberikan rahmat kepada penduduk. Amalan yang dijalankan sebagai tanda kesyukuran teramat sangat kepada Tuhan.

Malam 31May, bertambah meriah. Macam2 ada.. Segala aktiviti dijalankan di "ruai". Karaoke, ngajat, mcm2 lah..Kanak2 juga tidak ketinggalan menampilkan bakat nyanyian. Tahun ini mungkin akan ada si poco2..haha..

Tepat pukul 12 tengah malam, penghuni rumah panjang akan ke sungai (di tempat saya sungai Rajang, sungai terpanjang di Msia). Mercun dan bunga api akan dibakar. Setiap rumah panjang seolah-olah bersaing dalam bunyi mercun. Penduduk akan mandi sungai beramai-ramai untuk membuang sial dan memulakan azam baru dengan semangat yang baru.

Hiburan tetap berterusan. Memanggang ayam, ikan dan segalanya terus dijalankan. Dan lepas mandi, penghuni rumah panjang akan berkumpul di tengah ruai "Tuai Rumah" dan makan bersama-sama. Best sangat. Tuai rumah lalu meri jaku ajar ngagai bala anembiak awak terus begulai sejalai lalu maju ka diri. Hoohhaaa...

1Jun
Seperti sambutan Hari Raya, Deepavali dan CNY, Gawai tetap disambut serupa. Kuih muih dihidangkan. Air pun sama. Saya boleh katakan kebanyakkan kuih yang dihidangkan hampir sama dengan perayaan lain. Cuma kuih tradisional iaitu kuih sarang semut/kuih jala dan kuih chuan adalah suatu kemestian. Yang paling best kat sarawak, teng2 tentu sekali kek lapis sarawak..cedaapp!

Yang Berhormat: Sumbangan anda?

Cadangan buat YB2 sama ada yang sudi mendengar masalah rakyat dan yang tidak sudi? Anda tidak sudi mendengar pun saya tetap menyuarakan pandangan saya sebagai rakyat yang telah memilih anda sebagai YB.

Tanpa saya, siapalah anda kan..

Kalau boleh,.. silap2..
Mesti boleh, diwajibkan YB bagitau apa sumbangan pembangunan yang anda kepada penduduk di kawasan anda. Biar seluruh rakyat tahu bagaimana anda menggunakan duit yang diamanahkan oleh kerajaan. Bukan susah, guna blog pun jadi. Jangan seperti sesetengah YB nieh..

Cuma time nak PRU baru tengok muka. Kalau tak tengok muka tapi pembangunan berjalan lancar pun jadi. Ni tidak, bukan nak tunjuk lagak. Memang patut rakyat tahu.

Tapi jangan jadi pula YB yang nak timbulkan kontroversi murahan, publisiti murahan, suka keluar tv, keluarkan kenyataan kutuk YB lain tetapi habuk pun tadak. Takkan nak tunggu rakyat tegur baru nak ubah? Come on la...

Kalau tak paham juga saya sindir, esok lusa saya upload pula tips jadi YB yang baik? Tau pun tak nak.

Tetapi syabas buat YB yang mengutamakan kepentingan rakyat. Syabas. Jangan bimbang, anda buat baik kami tetap sokong tidak kira anda parti mana. Betul!

Orang Tua: Meniti Masa Yang Ada

"Saya sangat rindu dengan anak saya. Sudah 7 tahun tidak jumpa"..

Masih lagi terngiang-ngiang suara makcik tua yang hanya mampu merintih mengenangkan nasibnya yang kini bergelar warga emas yang disiarkan oleh EXPOSE MISTIK.

Usia nya yang lanjut kini membawanya pelbagai penyakit. Kita cuma mampu berkata: "Kesian kan"

Ya! Memang kesian. Dan kesian terus tinggal kesian. Menurut kisahnya, makcik ini ada seorang anak tetapi anaknya telah berhijrah ke KL. Ya KL, segalanya di sini.

Kesian lagi kan..Ya kesian.. Habis? Nak kata apa kan? Kesian lah..

Mengapa si anak enggan menjaga ibu bapanya yang telah tua?

Bukankah suatu hari nanti dia juga akan tua?
Adakah ke tidak tabung khas yang mengutip sumbangan untuk orang tua? Apa dia? Tidak perlu??!

Cadangan?
Anugerah jasa orang tua?
Tabung khas orang tua?
Anugerah anak derhaka?
Anugerah anak yang paling tidak mengenang jasa?
Ptuuuiiiihhh anak derhaka!

May 19, 2008

Penduduk Sabah dan Sarawak menangis selama 51 tahun

"Negara Malaysia ini termasuk Sabah dan Sarawak..."

Sudah jelas ramai yang sedar Borneo agak ke belakang dan terpinggir dari arus perdana dan kemajuan yang melanda negara Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak, ops terlebih suda)

Rintihan pelajar-pelajar Sabah yang meminta jambatan baru-baru ini telah sekali lagi membuka mata wartawan bahawa perlunya bantuan segera kepada penduduk tersebut.

Percayalah, ini cuma kurang 5 peratus kes yang berlaku. Ya, memang benar. Memang ada kerajaan menyalurkan bantuan. Tapi, mungkin apa yang dikatakan di khabar tempatan tidak selari dengan yang berlaku pada tahap perlaksanaan. Yakin jugalah selepas kes terbaru selesai, penduduk Sabah dan Sarawak akan terus dibelenggu kekurangan infrastruktur yang langsung tidak menggambarkan kemerdekaan 51 tahun.

Nak buat macam mana kan.. Menteri yang dilantik pun duduk diam. Teruskan lah duduk di kerusi empuk. Tidak payah naik bot tengok keadaan penduduk di pedalaman. Yang susah, bukannya orang atasan kan. Tetap penduduk pedalaman juga.. Terima kasih YB! Saya akan undi YB lagi di PRU14.

Sakit hati juga, sebab saya pun salah seorang penduduk yang pernah duduk pedalaman..

Tun Dr Mahathir jawab berkenaan tindakan melepaskan keahlian UMNO

"This man cannot understand anythiiing!"

Itulah kata-kata Tun M ketika ditanya selepas mengumumkan perletakan keahlian dalam parti UMNO.

Beliau menegaskan bahawa beliau akan kembali menyertai UMNO selepas PRESIDEN sekarang iaitu Pak Lah ditukar pucuk pimpinan.

Apa kata anda?

Tun Dr. Mahathir Mohamad: Perjalanan Politik

Tun Dr. Mahathir Mohamad: Perjalanan Politik

*Perdana Menteri ke-4 (1981-Okt'03)

*Ahli Parlimen Kota Setar PRU3 (1964)

*ahli Majlis Tertinggi Umno pada tahun 1965

*Tewas dalam Pilihan Raya 1969 (perbezaan 989 undi)

*Dipecat daripada UMNO pada 1969 selepas pengedaran umum surat terbuka beliau kepada Tunku Abdul Rahman

*Diterima kembali menjadi ahli Umno pada 7 Mac 1972.

*Perdana Menteri pada Jun 1981. Kemudian sebagai Presiden Umno sehingga beliau bersara.

*Naib Presiden Umno pada 1975

*Tun Hussein Onn melantik beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 15 September 1978.

*Menerusi rombakan Kabinet beliau dilantik sebagai Menteri Perdagangan dan Industri.

*Menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah yang berganding dengan Tun Musa Hitam (bertanding jawatan Timbalan Presiden) pada tahun 1987

*Susulan pemilihan itu, kes tersebut dibawa ke mahkamah dan Umno diharamkan pada tahun 1988

*Umno Baru ditubuhkan susulan itu.

*Tun Musa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Dr. Mahathir pada tahun 1986 dan digantikan oleh Tun Ghafar Baba yang ditewaskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1993.

*Anwar dipecat pada tahun 1998 lalu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1999.

*31 Oktober 2003 beliau mengumumkan untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan semua jawatannya dalam Umno serta menamakan timbalannya ketika itu, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai pengganti.

*Setahun selepas melepaskan jawatan beliau mengkritik kepimpinan Abdullah sehingga membawa kepada pertemuan bersemuka tertutup.

*Beliau lantang bersuara, mengecam Abdullah sehingga 17 Mei lalu ketika pertemuan di Johor Bharu.

*Selepas pilihan raya umum lalu beliau menyalahkan Datuk Seri Abdullah dan menggesa agar beliau memikul tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan teruk BN.

*Beliau melahirkan rasa terkejut berikutan BN tumbang di lima negeri sehingga mencatatkan prestasi terburuk parti itu.

*Beliau turut menyarankan Abdullah untuk berundur kerana menganggap penggantinya itu telah ‘memusnahkan’ Umno dan BN.

*Bekas Perdana Menteri itu turut menggesa agar Umno menghapuskan sistem kuota pencalonan untuk pertandingan pelbagai jawatan parti termasuk jawatan Presiden bagi menggalakkan persaingan sihat.

*Beliau berkata, semasa pemerintahannya, sesiapa sahaja bebas mengemukakan pencalonan termasuk Tengku Razaleigh yang pernah menentangnya sebagai Presiden parti.

*Tengah hari Isnin 19 Mei 2008, Tun Mahathir mengumumkan untuk keluar parti.

Maklumat lanjut: http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_ffd28c84-c0a85062-ee21f500-d2c49786

UMNO and Tun M

Hari ini, Tun M dengan rasminya mengumumkan keluar parti UMNO.

Ramai yang terkejut, berfikir apakah puncanya. Bagi yang sudi menyelami perasaan bekas Perdana Menteri Malaysia ini yang telah berjaya memimpin negara dengan jayanya selama 22 tahun ini, ikutilah luahan peribadi beliau terhadap situasi semasa politik negara dan parti kesayangan beliau melalui link berikut:

Ketuanan Melayu
Kepimpinan UMNO masih "in denial"
UMNO – 62 Tahun
Kegagalan Barisan Nasional
The Ex-Gratia Payment
Kerajaan yang lemah tidak baik bagi negara berbilang kaum seperti Malaysia


Apakah pendapat anda tentang politik semasa negara?

Wajarkah mahasiswa negara terus leka dengan mirc, dc++, counter strike, dota, asignment semata-mata?

Di manakah cendikiawan negara bersembunyi? Ini sahajakah sumbangan anda selepas meminjam beribu-ribu duit untuk memajukan anda dan anda langsung tidak dapat menyumbang sepatah dua, sesen dua kepada negara?

Pun masih tidak faham? Ataupun mengelakkan diri dari faham? Tidak malu?

Kenapa pulak aku yang emo? Jangan marah, teruskan dengan nilai "tak apa". Gudluck lah!

Semuanya di http://www.chedet.com/

Perantau Iban: Radio Iban Online

Hi..

Play "URL" di winamp: http://dayakwebmasters.com:9140/

Enjoy~

Ahlik berkongsi apa yang baik~

May 18, 2008

Penjagaan Muka: Terlepas Pandang

Hi..

Nak share sikit tentang penjagaan muka.

Ramai yang ingat dengan menggunakan pencuci muka secara berlebihan akan merawat jerawat.

Malangnya, cara itu ternyata salah. Jangan BERLEBIHAN! Gunakan mengikut aturan yang ditetapkan.

Jangan lupa pastikan muka BERSIH sebelum menyapu apa2 bahan penjagaan muka.

Terbaru, saya telah menemui BIO-OIL. Ternyata berkesan pada saya. Boleh didapati di WATSON.

Sayang Ahlik

Sayang Ahlik

Cuti2 Malaysia. Anda pelancong dari negara mana?