"Negara Malaysia ini termasuk Sabah dan Sarawak..."
Sudah jelas ramai yang sedar Borneo agak ke belakang dan terpinggir dari arus perdana dan kemajuan yang melanda negara Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak, ops terlebih suda)
Rintihan pelajar-pelajar Sabah yang meminta jambatan baru-baru ini telah sekali lagi membuka mata wartawan bahawa perlunya bantuan segera kepada penduduk tersebut.
Percayalah, ini cuma kurang 5 peratus kes yang berlaku. Ya, memang benar. Memang ada kerajaan menyalurkan bantuan. Tapi, mungkin apa yang dikatakan di khabar tempatan tidak selari dengan yang berlaku pada tahap perlaksanaan. Yakin jugalah selepas kes terbaru selesai, penduduk Sabah dan Sarawak akan terus dibelenggu kekurangan infrastruktur yang langsung tidak menggambarkan kemerdekaan 51 tahun.
Nak buat macam mana kan.. Menteri yang dilantik pun duduk diam. Teruskan lah duduk di kerusi empuk. Tidak payah naik bot tengok keadaan penduduk di pedalaman. Yang susah, bukannya orang atasan kan. Tetap penduduk pedalaman juga.. Terima kasih YB! Saya akan undi YB lagi di PRU14.
Sakit hati juga, sebab saya pun salah seorang penduduk yang pernah duduk pedalaman..
May 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment