May 20, 2008

Orang Tua: Meniti Masa Yang Ada

"Saya sangat rindu dengan anak saya. Sudah 7 tahun tidak jumpa"..

Masih lagi terngiang-ngiang suara makcik tua yang hanya mampu merintih mengenangkan nasibnya yang kini bergelar warga emas yang disiarkan oleh EXPOSE MISTIK.

Usia nya yang lanjut kini membawanya pelbagai penyakit. Kita cuma mampu berkata: "Kesian kan"

Ya! Memang kesian. Dan kesian terus tinggal kesian. Menurut kisahnya, makcik ini ada seorang anak tetapi anaknya telah berhijrah ke KL. Ya KL, segalanya di sini.

Kesian lagi kan..Ya kesian.. Habis? Nak kata apa kan? Kesian lah..

Mengapa si anak enggan menjaga ibu bapanya yang telah tua?

Bukankah suatu hari nanti dia juga akan tua?
Adakah ke tidak tabung khas yang mengutip sumbangan untuk orang tua? Apa dia? Tidak perlu??!

Cadangan?
Anugerah jasa orang tua?
Tabung khas orang tua?
Anugerah anak derhaka?
Anugerah anak yang paling tidak mengenang jasa?
Ptuuuiiiihhh anak derhaka!

No comments:

Sayang Ahlik

Sayang Ahlik

Cuti2 Malaysia. Anda pelancong dari negara mana?