Showing posts with label Diari Ahlik. Show all posts
Showing posts with label Diari Ahlik. Show all posts

February 15, 2009

Apa Nak Buat..



Kalau dah nasib takde company nak ambi kite bekeje kan, inilah masanya timba ilmu jadi usahawan. Ambi masa tinjau peluang di sekitar kite. Jangan mudah mengalah. Teruskan USAHAMU.. God knows when you work hard. =)
Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

February 14, 2009

Sakit Hati dan Fed Up dgn Company Nie

Ada ka patut.. Dia kata kite ni kan:
- looking for internship?
- dia sebut pktaan HORIZON???
- dah tak nak ambi EE, sal jemput student EE?

Malas nak marah lagi. Dah tulis kat blog nie, dah ok balik mud. Menyesal diorg tak ambi kitaorg.HEhe..

Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

February 13, 2009

Version Valentine - Do You Believe??

Percaya atau tidak, terpulang kepada anda semua. Ahlik cuma nak berkongsi cerita yang diforward kawan2.. Bacalah dengan hati terbuka..

Mesej itu berbunyi....

"Hari valentine mengikut sejarah dtg dr zaman pmerintahan ratu isabella di sepanyol.perkataan Valentine diambil sempena nama paderi besar kristian Saint Valentine,beliau amat dsayangi oleh ratu Isabella dan rakyat jelata kerana beliau bjaya mnumpaskan kerajaan islam di cordava,sepanyol pada 14feb(tarikh valentine)270 masihi.kejayaan beliau begitu bermakna bagi ratu isabella.oleh itu,14feb dsambut setiap thun bg merayakn kemenangan trsebut dgn menamakan hari valentine.oleh itu,sbagai umat islam menyambut valentine sama seperti bergembira dgn penumpasan kerajaan islam di Cordava.HANYA ALLAH SAHAJA YANG LAYAK DISEMBAH..sebar2kan untuk peringatan bersama..wallualam.."

Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

February 8, 2009

Cinta oh cinta

Tatkala kita membaca, terdengar atau mengalami cinta yang indah, pada masa itu juga kita perlu sedar bahawa banyak lagi duka dalam cinta yang berlaku di sekeliling kita.
Ya, tanpa kita sedari. Selama ini mungkin kita akan mengutuk insan yang meninggalkan pasangannya. Tapi, kita tidak layak menjadi hakim dalam menentukan siapa yang salah dan siapa yang betul. Setiap yang berlaku pasti ada penyebabnya. Penyebabnya mungkin logik dan juga tidak waras - yang boleh dipersoalkan. Jodoh di tangan Tuhan. Andai putus, kita katakan tiada jodoh. Andai bahagia, itulah jodoh. Namun, berapa ramaikah yang telah bercinta melebihi 2 tahun boleh dengan yakin mengatakan cintanya itu adalah cinta sejati dan itulah jodohnya??

Itulah keindahan cinta sebenarnya. Kita tidak pasti siapa cinta kita sebenarnya. Kita terus mencari dan mencari. Namun, ada insan yang meninggal dunia tanpa merasai nikmat cinta dari pasangannya. Tapi, dia tentu menikmati cinta dari Tuhan. Mungkin itu lebih indah dari cinta sesama manusia. Putus cinta dan bercinta semula? Emm.. Susah nak komen.


Cinta kanak-kanak.. Ciumlah dengan sepenuh hati dan perasaan..
Source of picture: waikitgooner.blogspot.com
Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

Sibu, Sarawak



Sibu have everything I want. I miss Sibu!!!
Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

Zaman Kanak-Kanak



Andai Ahlik diberikan peluang tentang apa yang sangat ingin Ahlik buat sekarang..Ahlik ingin kembali ke zaman kanak-kanak Ahlik.

Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling indah, tanpa tekanan, tanpa masalah. Bila dah besar panjang macam sekarang, macam itu jugalah dengan masalah dan tekanan. Masalah kian membesar dan memanjang. Tekanan pula, aduhai.. Datangnya dari mana-mana.

Seperti gambar di atas, sudah jelas menunjukkan hidup di zaman kanak-kanak cukup best. Tidur bila-bila masa. Di mana jua.. Tekanan = 0. Masalah = 0. Kalau dah pandai bergaduh pun, sebelah petangnya pasti dah jadi kawan semula. Hidup zaman kanak-kanak adalah kehidupan yang paling Ikhlas, paling Jujur dan paling Indah..

Aku ingin menjalani semula kehidupan itu.. Tuhanku..

Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

February 7, 2009

Indu Bajik2 y...



Baru masuk minggu kedua kembali ke Perak, dah mula rindu balik kat Sarawak. Kehidupan di Sarawak teramat lah tenang. Walaupun ke mana Ahlik pergi, orang di sekeliling ibarat bodyguard kepada Ahlik. Kira pelindung, kiranya Ahlik tak risau walau di mana pun Ahlik berada. Teringat kat sepupu2. Gambar di atas adalah bekas teman wanita Ahlik. Haha..gurau jer.. diorang tuh sepupu Ahlik. Semuanya lawa2 kan.. Belum lagi yang Ahlik tak tunjuk lagi. Ramai lagi yang lawa. Terlintas pula fikiran tentang perkataan *Lawa*. Kat semenanjung, lawa merujuk kpd benda yang cantik. Tapi kat srwk, ada lawa yang bermaksud sombong. Itulah Malaysia. Kepelbagaian etnik dan budaya. Apa lagi, jom ZOoOM Malaysia..
Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

Nak ke Tak Nak?



Today, I had my 1st written test by PETRONAS. Hopefully, everything is good. Jangan lupa doakan kejayaan Ahlik tau.. =P

Gambar di atas gambar Ahlik semasa pergi di Amcorp Mall, PJ. If I not mistaken. Cara pegang macam betul. Tambahan, memang minat muzik. Tapi, yang sebenarnya AHlik tak reti main drum tu. Belum belajar dgn serius lagi. Orang kita, kalau belajar tak keluar duit, taknak belajar sungguh2 kan. Macam Ahlik lah. Hehe..

Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

February 6, 2009

Convocation 2009


Universiti Teknologi Petronas (2005-2009)


Siapa sangka 4 tahun berlalu begitu cepat. Ya, mungkin cepat bagi org lain. Tetapi bagi Ahlik sendiri, agak lama juga masanya. Banyak kisah suka duka telah terjadi. Yang meruntuhkan semangat dan yang membakar semangat. Apa-apa pun, Ahlik hanya mampu berdoa. Keluar je sebagai graduan, Ahlik mampu berbakti kepada masyarakat terutama ahli keluarga terdekat. Tidak kisah apa jua bidang yang diceburi, Ahlik harap kawan-kawan terus mendoakan kejayaan Ahlik k.. Buat graduan semua, tahun 2009 adalah tahun kritikal berikutan krisis ekonomi. Pada masa inilah kita kena membuka minda. Andai kata tiada pekerjaan dalam bidang kejuruteraan seperti yang diinginkan, jangan lah menganggap dunia telah berakhir. Think BIG yang God will show you the way..

Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

February 3, 2009

Hiduplah..

Alahai..lamanya terasa..

Selepas apa yg mlanda, rasa taknak hidup lagi. Tapi, telinga kanan yang sentiasa positif terus mmberikan semangat.

"Hiduplah..."

"Hiduplah.."

Maka, hari ini ahlik bangkit semula. Di UTP, dah masuk minggu ke-3. Disebabkan tak nak ketinggalan CNY, ahlik nekad ambil cuti sampai mggu ke-2. Balik jer ke UTP, ramai tersengih melihat ahlik. Ada yg ingat ahlik kena dismiss dari utp la, ingat mcm2 lah..
Muka ahlik ni mcm muka org kene dismiss ke? Bukan bermaksud ahlik terer smpai 4 flat kan..at least sbg kawan jgn rendahkan martabat kawan..hehe..emo2..

Dah masuk mggu ke-3, dah sedap sikit rasa. Semua urusan dah settle. Cuma nak fokus pada study jer.. Baiklah, tunggu kan kemunculan artikel dari ahlik, siswazah berwawasan.!

Jaga diri pada musim hujan nie..Take care..
Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

August 21, 2008

Ingat Saya Tidak Bersebab Menyimpan Lemak?

Eeii!! Tak tahanlah tengok. Bersyukur la sekarang Ahlik dah gemOk. Bagi yang dah pasang niat nak diet, kurus, bla bla..Cuba tengok gambar2 di bawah ni. Eeeii!










Disclaimer: Ahlik cannot dedicate any owner of the picture because all the pictures were received by me through emel, and no source stated. Btw, if you (owner) want me to publish your name, do please emel me at ahlik2084@yahoo.com

Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

August 18, 2008

Pulau Pangkor dan 1000 Ketenangan


Hari yang panas seperti sekarang amat sesuai jika dihabiskan di pantai. Pulau Pangkor. Itulah destinasi yang Ahlik dan kawan-kawan tuju hujung minggu yang lalu. Angin bayu dan ketenangan, itulah hadiah jika anda berkunjung ke Pulau Pangkor yang terletak di negeri Perak. Perjalanan dari UTP ke Lumut mengambil masa lebih kurang satu jam dan 15 minit menggunakan bas Perak Roadway. Tambang terkini ialah RM3.70. Terkilan juga hari tu sebab pemandu bas meminta balik tiket bas sebaik sahaja kami turun. Saya pun tanya balik.
"Mengapa nak minta balik?"
Driver tu pun jawab. "Kenapa? Mahu kah? Kalau mahu, kamu simpan lah."
Biarlah. Janji dah sampai Lumut. Wah! Ramainya orang. Padanlah, musim cuti sekolah. Baru tahu. Sampai jer kat jeti, berlumba si peniaga chalet dan hotel promote bilik.
"Adik, kalau beli kat sini dapat murah. RM130 jer." Banyaklah murah. Ingat ini first time saya pergi Pangkor? Kita orang reject, punyalah masam muka mereka. Terutama perempuan Melayu tu. Adui, ingin jer nak cakar muka dia. Opss..terlebih sudah. Hehe..
Naik feri murah je. Tiket pergi balik RM10.

Lebih kurang setengah jam, kami pun sampai di Pulau Pangkor. Musim sekolah memang ramai orang. Awek-awek cun apa lagi, pun ramai lah. Lupakan pasal awek, nak cerita pasal transport. Ahlik dan kawan-kawan, jap2. Lupa nak kenalkan kawan Ahlik. Ada 2 orang, Leo dan Phil. Kawan paling best Ahlik.
Ni lah gambar kawan2 Ahlik tu.
Kita org sewa kereta kancil dengan harga RM80/hari. Agak mahal lah, mereka bagi alasan musim cuti sekolah. Ok fine, xpe. Kami pun terus memecut laju ke destinasi pilihan di Pulau Pangkor iaitu Teluk Nipah.
Lupa nak kenalkan, inilah driver @ pemandu pelancong.
Hehe..5164 no plat kereta, apa lagi Ahlik pun beli no ekor kat 4d Magnum. RM5 satu nombor. Kalau nombor tu keluar malam tu, RM2500x5=RM12500! Fuyoo! Kaya Ahlik. Haha..angan2 jer. X kena pun.
Apa yang best di Teluk Nipah?
1. Sudah pasti pantainya.
2. Aktiviti lautnya seperti snokling, banana boat ride, speed boat keliling pulau.
3. Banyak chalet dan hotel dengan harga berpatutan.
4. Gerai makanan pun banyak. Turun jer dari bilik, terus berlambak makanan.
Tau, sindir Ahlik lah tuh. Taulah kite kuat makan kan. Gemuk, boroi, encem..hahaha..

Ahlik dan member tinggal di Nipah Water Front. RM100 jer semalam. Ingat lagi kata2 perempuan yang nak jual hotel kat Ahlik awal2 cerita tadi? RM130. RM30 tu boleh pergi snokling tu..Biliknya cukup selesa. Berhawa dingin, ada tv, bilik mandi pun bersih. Turun dari hotel terus jejak pantai. Kedai menjual cenderamata pun berlambak.

Pantainya pun bersih, indah. Angin segar..

Klah, ahlik nak wat assignment. ada masa ahlik sambung balik. banyak lagiu= nak cerita ni. da.. :)

Berfikiran positif = Ingat Memori GembiraBerfikiran positif = Ingat Memori Gembira

August 9, 2008

4D Magnum


Tak juga kena nombor ekor. Dah lah jauh beli, kat Ayer Tawar. Hampeh tul..Kalau nombor x pusing, dapat juga RM200. Nasib badan.

Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

University Of X!

Selasa lepas (5 Ogos 2008), Ahlik telah menyertai University of X! Satu lagi promosi hebat dari Celcom. Tetapi, apa yang membezakan tawaran Celcom ini berbanding prabayar yang lain?
Sebab anda harus beralih kepada University Of X!:
1: SMS ke SEMUA no Celcom: 1 sen!
2: SMS ke rangkaian lain: 6 sen!
3: Panggilan suara ke SEMUA no Celcom: 15 sen!
4: Panggilan suara ke rangkaian lain: 15 sen juga!!!
Apa tunggu lagi?
Dapatkan Pek Permulaan Universiti Xpax hanya di roadshow di kampus anda sekarang!
Amaran: Pastikan anda berumur 25 dan ke bawah!




Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

August 7, 2008

Tewas



Sonok main ping pong. Lawan ngan si Syah. Hari ni x syok la back hand x jadi. Tp yg best td, dpt twrn dari lecturer lawan p.pong. Tewas sbb seves dia mantap. Teng3..Nak wat gapo. Balik dgn tgn kosong. Hehe..

Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

August 4, 2008

BGJ 864

Hi semua..Apa khabar? Harap2 baik semuanya..Hari ini, Ahlik buat maintenance kat BGJ864, motosikal kesayangan Ahlik.
Ahlik tukar:
- minyak hitam
- sproket (dari 37 tukar ke saiz 40)
- rantai
- cermin sisi
- dan betulkan handle yang bengkok.
Hehe..sonok je tengok mekanik tu repair motosikal. Yang paling best masa dia nak luruskan handle yang bengkok. Tanpa alatan yang canggih dan cuma berbekalkan tulang 4 kerat dia meluruskan. Memang syok tengok, syok sangat bak kata Sharon. Hehehe..



Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

July 28, 2008

UTP-Tahun Akhir



Masih Ahlik ingat lagi, perkara yang paling menarik minat Ahlik masa 1st sampai di UTP ialah Chancelor Hall ni lah.. Indah dipandang, menjadi kebanggaan UTP. Kini, Ahlik berada pada tahun akhir. Harapan Ahlik, Ahlik nak enjoy tiap jam yg dilalui. Semoga semua org sihat sejahtera.

Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

Kasut RM20

Dah pukul 1.57 pagi. Tetapi mata tak pulak mengantuk. Sabtu lepas (26Julai2008), Ahlik telah pergi ke KL untuk berjalan2, lepak dan mencuci mata. Bersih la juga mata tu walaupun byk habuk. Hehe.. Bas Metro 17 yg sy naiki berhenti di depan Bangunan Kota Raya. Turun je, saya ternampak ramai peniaga yg menjual hasil di dalam satu bakul sahaja. Rata2 mereka perempuan yg dalam lingkungan 40 tahun. Niat di hati nak baiki kasut sy yg telah rosak telah membawa diri mendekati seorang pakcik repair kasut. Umur dia Ahlik rasa sebaya dgn umur bapa Ahlik. Saya tunjukkan kasut, dia kata RM20 sebab kena jahit lagi. Saya pun kata ok lah.
Lama juga sy tunggu. Saya diberi selipar jepun utk kegunaan sementara. Selipar jepun, hmm..kenapa org panggil itu selipar jepun? Xda pun lambang matahari terbit. 20minit berlalu, tengah syok dgr lagu kat mp3. Sy nampak kumpulan peniaga kecil2an itu bergegas bangun dan bersembunyi. Termasuklah pakcik repair kasut. Rupa2nya, penguatkuasa DBKL muncul. Sy pun mcm perlarian la juga. Ikut mereka melarikan diri. Lawak kan. Maklum lah, 1st time. Tentu ada yg kata, tula sapa suruh baiki kasut kat diorg. Hehe..lantak koranglah nak marah. Hehe..10 minit kemudian, keadaan kembali pulih. Kita org pun duduk balik. Sy belikan abang tu air. Rasa dekat je di hati. Sy tanya abang tu asal mana. Dia kata dia asal Sabah. Patut la rasa dekat je. Dia senyum. Bukan nak puji sy baik belikan air la..Saja je cerita apa yg berlaku. Dia kata dah 13 tahun mencari rezeki di sini. Pernah sekali peralatan dia dirampas DBKL. Tetapi dia x pernah kena cekup la..Rasa kagum dgn smgt diorg mncari rezeki..

Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

Tips Berjaya

Kalau ditanya pakar motivasi, hampir semua akan menceritakan benda yang hampir sama. Cuma jalan penceritaan sahaja yang membezakan. Tetapi, perkara pokok tetap sama. Di sini, Ahlik nak merumuskan tentang tips orang yg berjaya. Sebelum tu, Ahlik nak semua renungkan perkara ni. Jangan kita buang masa membandingkan kejayaan kecil kita dengan kejayaan besar org lain. Percayalah, orang lain yg telah mncapai kejayaan besar tu pun bermula dengan kejyaan kecil. Jadi, ciptalah kejayaan walaupun kejyaan kecil cuma.
Saya percaya tips untuk berjaya amat mudah.
1.Jangan mudah putus asa.
2. Jika ada idea, mesti tanam keyakinan terhadap idea itu.
3. Selepas keyakinan muncul, aura pun bercambah maka cepat-cepatlah bertindak cekap dan terus maju.
Semua, bagi insan yg telah merasa putus asa bangkit semula selepas membaca tips dari Ahlik ni.

Sumbangan kemasyarakatan yang kecil dari Ahlik utk masa dengan yg lebih baik. Itulah harapan utama Ahlik mewujudkan ruangan MOTIVASI ini. Selamat Maju Jaya.
Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

Automated Cafeteria

Hi semua..
Ni Ahlik nak tulis ttg idea yg terlintas kat otak bguna ni. Automated Cafeteria. Cite mcm nie, pelanggan dan tauke berhubung melalui sistem khas. Pelanggan duduk dan memesan order melalui suis kecik di atas meja. Segala menu ada pada screen. Touch screen pulak tu. Sistem ini amat mesra pengguna dan interaktif dgn sistem utama pada dapur dan cashier.
Pelanggan memilih pesanan dan menekan butang menu. Order, butang bertukar warna hijau. Selepas confirm dgn order tersebut, menu akn btukar merah. Warna hijau pulak bmaksud order telah siap. Untuk membayar, pengguna boleh membuat pilihan sama ada melalui cash ataupun card credit. Kalau cash, pengguna membayar di kaunter dan terus mengambil menu yg telah siap. Kalau menggunakan kad kredit pulak, pengguna boleh swipe kad pada screen dan terus mengambil order yg telah siap. Mudah bukan? Dapat bayangkan tak?

Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

Sayang Ahlik

Sayang Ahlik

Cuti2 Malaysia. Anda pelancong dari negara mana?