August 18, 2008

Pulau Pangkor dan 1000 Ketenangan


Hari yang panas seperti sekarang amat sesuai jika dihabiskan di pantai. Pulau Pangkor. Itulah destinasi yang Ahlik dan kawan-kawan tuju hujung minggu yang lalu. Angin bayu dan ketenangan, itulah hadiah jika anda berkunjung ke Pulau Pangkor yang terletak di negeri Perak. Perjalanan dari UTP ke Lumut mengambil masa lebih kurang satu jam dan 15 minit menggunakan bas Perak Roadway. Tambang terkini ialah RM3.70. Terkilan juga hari tu sebab pemandu bas meminta balik tiket bas sebaik sahaja kami turun. Saya pun tanya balik.
"Mengapa nak minta balik?"
Driver tu pun jawab. "Kenapa? Mahu kah? Kalau mahu, kamu simpan lah."
Biarlah. Janji dah sampai Lumut. Wah! Ramainya orang. Padanlah, musim cuti sekolah. Baru tahu. Sampai jer kat jeti, berlumba si peniaga chalet dan hotel promote bilik.
"Adik, kalau beli kat sini dapat murah. RM130 jer." Banyaklah murah. Ingat ini first time saya pergi Pangkor? Kita orang reject, punyalah masam muka mereka. Terutama perempuan Melayu tu. Adui, ingin jer nak cakar muka dia. Opss..terlebih sudah. Hehe..
Naik feri murah je. Tiket pergi balik RM10.

Lebih kurang setengah jam, kami pun sampai di Pulau Pangkor. Musim sekolah memang ramai orang. Awek-awek cun apa lagi, pun ramai lah. Lupakan pasal awek, nak cerita pasal transport. Ahlik dan kawan-kawan, jap2. Lupa nak kenalkan kawan Ahlik. Ada 2 orang, Leo dan Phil. Kawan paling best Ahlik.
Ni lah gambar kawan2 Ahlik tu.
Kita org sewa kereta kancil dengan harga RM80/hari. Agak mahal lah, mereka bagi alasan musim cuti sekolah. Ok fine, xpe. Kami pun terus memecut laju ke destinasi pilihan di Pulau Pangkor iaitu Teluk Nipah.
Lupa nak kenalkan, inilah driver @ pemandu pelancong.
Hehe..5164 no plat kereta, apa lagi Ahlik pun beli no ekor kat 4d Magnum. RM5 satu nombor. Kalau nombor tu keluar malam tu, RM2500x5=RM12500! Fuyoo! Kaya Ahlik. Haha..angan2 jer. X kena pun.
Apa yang best di Teluk Nipah?
1. Sudah pasti pantainya.
2. Aktiviti lautnya seperti snokling, banana boat ride, speed boat keliling pulau.
3. Banyak chalet dan hotel dengan harga berpatutan.
4. Gerai makanan pun banyak. Turun jer dari bilik, terus berlambak makanan.
Tau, sindir Ahlik lah tuh. Taulah kite kuat makan kan. Gemuk, boroi, encem..hahaha..

Ahlik dan member tinggal di Nipah Water Front. RM100 jer semalam. Ingat lagi kata2 perempuan yang nak jual hotel kat Ahlik awal2 cerita tadi? RM130. RM30 tu boleh pergi snokling tu..Biliknya cukup selesa. Berhawa dingin, ada tv, bilik mandi pun bersih. Turun dari hotel terus jejak pantai. Kedai menjual cenderamata pun berlambak.

Pantainya pun bersih, indah. Angin segar..

Klah, ahlik nak wat assignment. ada masa ahlik sambung balik. banyak lagiu= nak cerita ni. da.. :)

Berfikiran positif = Ingat Memori GembiraBerfikiran positif = Ingat Memori Gembira

3 comments:

Anonymous said...

semua picture kat pulau pangkor cantik sgt kecuali pic driver kancil tuh..dah la xde lesen..gtau polis..haha

ahlik2084 said...

haha..jeles la tu..kite bawa drift tau..jgn main2..lesen je takde..haha...byk lagi nak cite..tapi mggu ni ada 2 test la pulak..:)

Hope1985 said...

AHLIK,KERETA KO TU JENIS APE? BERAPA CC? YANG MACAM DALAM GAMBAR KAT ATAS TU. NANTI BGTAHU AKU EH? NI FACE BOOK AKU. REAL4REVER@YAHOO.COM
ATAUPUN KO UPDATE KAT SINI.NANTI AKU HECK

Sayang Ahlik

Sayang Ahlik

Cuti2 Malaysia. Anda pelancong dari negara mana?