Post dari rocky's bru mengajak minda ini menghasilkan kritikan dan pendapat tersendiri. Paling menarik adalah komen dari seorang makcik yang menggelarkan diri makcik Bangi. Berikut ialah petikan dari komen makcik tersebut:
"Anonymous said...
1. sekarang orang Melayu tidak lagi lihat mana-mana parti sebagai pembela dan pejuang nasib orang Melayu. Hak orang melayu semakin terhakis. Diberikan kepada orang lain, bila didesak.
2. sekarang orang Melayu tidak lagi lihat mana-mana parti sebagai pejuang agama islam. Agama islam semakin tercabar secara terbuka.
3. kemana perginya parti sebagai pembela dan pejuang nasib orang Melayu. Kemana hilangnya parti sebagai pejuang agama islam. Aku bimbang kesendirian.
4. Melayu cuma bijak berbalah sesama sendiri di tanah air sendiri. Bijak menyalahkan melayu sesama sendiri. Menang sorak, kampung tergadai.
5. Melayu sekarang resah-gelisah dan tak tau arah akan haluan yang nak dituju.
6. Melayu semakin terdesak. Semakin hampir bumi dipijak, milik orang.
7. Jangan salahkan orang lain. Suara melayu semakin lesu kedengaran.
8. sekarang sampai masa mencari titik persamaan, orang melayu mesti kembali bersatu.
makcik Bangi.
1:03 PM"
Jika dinilai kembali.. Poltik Malaysia ibarat perbalahan kerana perebutan kuasa mendapatkan kuasa tertinggi dalam kabinet Malaysia dan terus menerajui negara. Sama ada parti tersebut mewakili kaum tertentu ataupun tidak. Yang pasti saya amat bersetuju dengan "makcik Bangi" ini dalam pendapat no. 4 beliau yang berbunyi "4. Melayu cuma bijak berbalah sesama sendiri di tanah air sendiri. Bijak menyalahkan melayu sesama sendiri. Menang sorak, kampung tergadai." Yang paling tidak sedap didengar ialah apabila selalu saja wujud perkataan "Melayu" dan "Melayu" dan "Melayu" dalam petikan ucapan pemimpin di tanahair kita ini. Ini sudah jelas apa yang berlaku dalam politik di MALAYsia ini banyak berkisar dalam kelompok kaum ini. Maju bangsa itu dan tumbangnya bangsa itu bergantung kepada pemimpinnya. Dan apa yang kita nampak sekarang usaha yang diadakan dalam konteks pembangunan belum lagi mampu membangunkan bangsa Malaysia ini. Mungkin kerana kurang teliti dalam hal perancangan? Dalam hal ini, objektif sebenar dalam sesuatu projek pembangunan mesti diteliti dan dipahami betul-betul. Selalunya, apa yang berlaku selalunya akan nampak OBJEKTIF yang indah di kertas kerja, tetapi dari aspek PERLAKSANAAN, habuk pun takda. Mungkin kerana tidak berlaku POST MORTEM dalam sesuatu perancangan. Jangan ingat KERTAS KERJA DAN PROGRAM YANG CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG mampu menaiktarafkan kehidupan rakyat. Projek pembangunan yang bernilai kurang RM10K pun mampu menaikkan taraf rakyat jika program tersebut dijalankan dengan IKHLAS. Apa maksud IKHLAS dalam memajukan program pembangunan di sesebuah tempat? Dalam suasana kita hendak menyambut Ulang Tahun ke-51 kemerdekaan Malaysia ini, Ahlik nak timbulkan persoalan untuk kita pikirkan dan renungkan bersama.
1. Adakah kita betul2 sudah merdeka?
2. Apakah yang kita lakukan untuk meneruskan kemerdekaan negara kita?
3. Mampukah suasana politik terkini negara terus menjamin kemajuan negara kita?
4. Haruskah kita terus membandingkan kejayaan kita dengan negara dunia ke-3?
5. Apakah yang kita boleh banggakan sejak negara merdeka separuh abad yang lalu?
6. Merdekakah politik negara kita?
7. Merdekakah sistem perlembagaan negara kita?
Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira
August 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment