August 11, 2008

Menara Berkembar Petronas [KLCC]

Jauh di sudut hati, terdetik hati Ahlik ingin memaparkan dan menyenaraikan lambang2 kebanggaan di Malaysia ini. Secara tidak langsung, akan memupuk kesedaran betapa bertuahnya menjadi rakyat Malaysia. Perkara pertama yang terlintas di pemikiran Ahlik (dan mungkin anda juga) ialah Bangunan Berkembar Petronas [Petronas Twin Tower]. Ikuti serba sedikit perkembangan tentang menara kebanggaan Malaysia ini.

Menara yang meletakkan nama Malaysia di mata dunia ini dibina semasa zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir (Bapa Pemodenan Malaysia).

Keindahan Menara Berkembar Petronas
(Sumber: http://klcc.stsite.com/)

Menara ini gah berdiri dengan ketinggian 451.9m dan dibuka secara rasmi pada 31 Ogos 1999 oleh Tun Dr. Mahathir. Sejumlah 1.4bilion ringgit telah dijana untuk projek mega ini. Kewujudan menara ini telah menarik pelancong ke Malaysia dan pernah mencipta sejarah sebagai bangunan tertinggi di dunia sebelum kehadiran IOI Taiwan. Menarik bukan? Bangga bukan? Malang sekali arkitek menara ini bukan rakyat Malaysia. Bangunan ini direka oleh arkitek berasal dari Argentinian, Cesar Pelli. Itu tidak mengapa sebab mungkin teknologi kita tidak secanggih teknologi depa. Malangnya (sekali lagi), landskap KLCC pun direka oleh bangsa asing iaitu pakar landskap dari Brazil, Roberto Burle Marx. Kita cuma mampu berbangga kerana menara ini berdiri megah di bumi Malaysia. Ini mesti direnung oleh semua pihak, termasuk ahli politik negara, jangan sekadar macam budak2 asyik menuding jari lebih-lebih lagi dalam saat kita menanti ulang tahun kemerdekaan negara ke-51.
Malaysia, trully Asia.
Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

No comments:

Sayang Ahlik

Sayang Ahlik

Cuti2 Malaysia. Anda pelancong dari negara mana?