Idea Penulisan ini muncul semasa Ahlik menjadi trainee di sebuah syarikat Jerman tetapi beroperasi di Malaysia sebagai cawangan. Pemerhatian ke atas staf-staf memberikan idea nakal dari kepala hotak Ahlik. Ikutilah hasil seni Ahlik ini dan renung-renungkanlah. Cuba bandingkan, adakah apa yang Ahlik ceritakan ini berlaku ke atas anda atau pun tidak. Jika tidak, anda harus bersyukur dan bekerja lebih keras lagi demi syarikat tercinta.
Tips: Bos yang baik
>> Boss yang baik harus pandai mengambil kesempatan di atas kelemahan pekerjanya. Maksudnya, ala..siapa makan cili diala rasa pedas.Boss harus teliti untuk membezakan pekerja yang naif, taat dan tidak berani melawan kata-kata. Pekerja jenis ini harus diambil kesempatan selalu.
>> Boss mesti selalu campur tangan department lain agar cepat naik pangkat. Perkara ini penting bagi memastikan usaha naik pangkat berhasil dalam masa yang cukup singkat.
>> Boss yang baik harus pandai menonjolkan kelebihan diri atau dalam bahasa inggeris "show off". Teknik ini harus diamalkan tidak kira usaha itu merupakan usaha diri sendiri ataupun usaha orang lain. Lebih baik jika usaha orang lain tetapi kita mengampu dan mengatakan bahawa itu adalah hasil kerja kita agar kita mendapat nama yang baik dari pihak atasan. Bak kata pepatah, lembu punya susu tetapi sapi punya nama.
>> Boss kena pandai bertindak sebagai "hero" dalam banyak keadaan. Boss yang baik perlu tajam dalam memancing peluang agar dapat menyerlahkan diri sebagai hero. Barulah senang kita mendapat publisiti murahan dan secara tidak langsung akan menaikkan nama kita di dalam sesebuah oragnisasi.
>> Boss yang baik perlu mahir dalam "masuk campur urusan orang lain" walaupun urusan itu tidak memerlukan campur tangan sendiri.
>> Boss hendaklah merupakan seorang yang tegas dan pandai menunjukkan muka masam tidak kira masa. sikap rajin dalam mangamalkan etika kerja ini akan menyebabkan pekerja bawahan tidak suka berdampingan dengan boss tadi. Pesan saya, teruskan bermasam muka kerana mana tahu suatu hari nanti syarikat anda akan ada "Anugerah Muka Boss Paling Masam". Paling baik kalau boss itu pandai memberi kata semangat agar tidak memberi mimik muka masam kepada orang lain tetapi pada masa yang sama, dia pandai pula bermasam muka ibarat mati bini. (Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih)
>> Emosional. Ya, boss mesti emosional selalu kerana dipercayai tindakan ini akan menyebabkan pekerja bawahan tidak selesa bekerjasama dengan anda. Pendek kata, emosional lah selalu.
>> Boss yang baik wajib mementingkan diri sendiri dan tidak perlu mengira kebajikan dan perasaan para pekerjanya. "Selfish" bak kata orang putih. Tak paham juga?
>> Jangan pandai menghargai usaha para pekerja. Boss mesti mengelakkan diri daripada memuji usaha para pekerja kerana perkara ini akan memberi motivasi kepada pekerja, iaitu bukanlah suatu perkara yang baik. Boss harus tajam pemerhatian dalam mencari kesilapan dan kelemahan pekerja. Pastikan anda terus-menerus marah para pekerja, mengutuk, mencaci, memaki hamun dan manyamun. =)
Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira
August 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment