Showing posts with label Politik Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Politik Malaysia. Show all posts

July 10, 2008

Isu 15 Julai 2008

Shabery dan Anwar.

Perdebatan yang dijangkakan hangat ini dianjurkan oleh Agenda Daily. Siaran langsung akan disiarkan di TV3 sebagai penyiar rasmi.
Ikuti perkembangan terbaru tentang 2 orang tokoh tersebut.

Shabery adalah Menteri Penerangan Malaysia.
Anwar adalah Penasihat PArti Keadilan Rakyat.

Shabery: I have always prepared my mind. Do you think it’s tough? I don’t think it’s tough at all. I’m very confident about it. The Prime Minister has already issued a statement that it (the debate) is good.

He said Anwar would be putting himself and his party at risk in the debate.

Shabery: He is a leader and he always assumes that he can become the Prime Minister. But I’m nothing. I’m just a local leader in Umno.

Anwar: 'Pada mulanya, saya hendak berdebat dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Biar mereka jawab mengenai isu minyak dalam debat itu.
'Kalau mereka tak dapat berdebat dengan saya, dengan Shabery Cheek pun Shabery Cheeklah. Saya tahu ekonomi Malaysia dan kerana itu saya akan hadir untuk berdebat.
Saya juga akan beritahu dalam debat itu, hari ini kita perintah negara, esok minyak akan turun.

Beliau dipetik sebagai berkata demikian ketika berucap pada Majlis Siri Jelajah Anwar 'Menuju Harapan Baru' di Dewan Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Changkat Jering, di sini malam tadi.

Need more Info?
http://www.utusan.com.my/
http://thestar.com.my/

Untuk rekod, Sidang Kemuncak D8 berakhir semalam dengan hasrat menurunkan harga minyak. Jadi, pendapat peribadi saya, perdebatan ini amat2 dinantikan. Harap2 tidak ada orang yang akan menarik diri saat akhir.

July 2, 2008

Pembatalan Projek Landasan Berkembar dan Elektrifikasi Keretapi

Salam buat semua..

Terlebih dahulu, terima kasih kepada kerajaan kerana melontar berbilion ringgit kepada kerajaan Sabah dan Sarawak. Terlintas juga, mengapa boleh pulak hari ini kerajaan bagi duit yang bukan seringgit dua kepada orang seberang? RM1Billion untuk penduduk Sabah yang sengsara selama 44 tahun? RM1billion/44tahun=RM22,727,172 setahun? Ada udang di sebalik mee maggi ke ni? Nak Borneo stay dgn dacing ke ni? Jangan main lompat katak ye anak2, orang dah bagi duit saku tu..

Baiklah, terus kepada isu hari ini. Pembatalan projek:Kesannya?
Mengimbas kembali ketika saat pemerintahan Tun Mahathir dahulu, Projek Landasan Berkembar dan Elecktrifikasi Keretapi telah dipersetujui. Mengapa? Apa ada dalam fikir kerajaan pada masa itu? Nak kaya? No no no...

Dengar semua. Apabila landasan berkembar dan elektrifikasi dicadangkan dari Johor Baru ke Padang Besar pada 2002-2003, kos terendah ialah RM14 bilion dan mengambil masa enam tahun untuk dibina. Kerajaan perlu kira-kira RM2 bilion setahun untuk membina projek tersebut. Ianya sepatutnya dimulakan pada 2004.

Apa yang terjadi pulak sebaliknya semasa pemerintahan Pak ni. Projek terpaksa ditunda. Apa sebabnya? Ada sebab ke? Ke suka2 nak delay? Nak tahu apa akibat kalau dah delay? Tun M buat projek itu ada sebab nya. Beliau terkenal dengan sifatnya yang berpandangan jauh. Hal terbukti lagi dengan keputusan beliau dengan projek ini.

Sebab Tun Mahathir ingin sangat melaksanakan projek ini:
1. Beliau sedar kesesakan jalan raya akan bertambah suatu hari nanti. Terlalu banyak kenderaan berat seperti lori kontena dan pengangkut kenderaan menggunakan jalanraya menyebabkan kesesakan. Bilangannya bertambah dan jumlah kontena dari Selatan Thai juga menyumbang kepada kesesakan.
2. Jadi, dengan perlaksanaan projek ini rakyat mempunyai alternatif untuk parking kereta berdekatan stesen komuter dan berulang-alik ke tempat kerja dengan komuter. Orang yang cetek pengetahuan tidak nampak semua ini. Kesesakan pun dapat dikurangkan. Logiklah, kalau berebut-rebut naik komuter dengan bau peluh siapa nak naik pengangkutan awam? Kenapa YB semua tidak merasa sendiri pengalaman naik pengangkutan awam? Tun M paham kehendak rakyat dan ingin sangat memenuhinya. Sekiranya status pengangkutan awam dinaikkan, sudah tentu komuter akan menjadi popular di kalangan rakyat.

3. Tun M tidak menjangka kenaikan harga minyak yang mendadak tinggi, tetapi jika ianya naik berperingkat sekalipun, kita perlu mengalihkan jumlah trafik penumpang dan kontena daripada lebuhraya ke sistem rel. Pada masa inilah projek elektrifikasi dan landasan berkembar dari selatan ke utara mengambil peranan besar.

Sekarang tengok pulak kesan penangguhan projek dari segi kewangan (duit rakyat):
(Landasan berkembar dan elektrifikasi dicadangkan dari Johor Baru ke Padang Besar)

Kos asal: RM14 bilion

Selepas ditunda, projek ini dijangka akan diteruskan semula hari ini (Selepas 6 tahun). Berikut keadaan ekonomi sekarang, kos telah meningkat, kenaikan sebanyak lebih kurang 50 peratus atau RM7 bilion jika landasan dibina dari Johor Baru ke Padang Besar (dan ianya lambat laun tetap diperlukan).

Kenaikan bahan api baru-baru ini pulak akan menyebabkan kos juga akan meningkat lebih RM12 bilion. Jumlah kenaikan dari Johor Baru ke Padang Besar tidak termasuk bahagian yang telah dibina akan jauh lebih tinggi daripada kos asal RM14 bilion. Lebih daripada RM7 bilion tambahan kos akan diperlukan.

Kerajaan sekarang ada pilihan lagi untuk terus tidur atau terus berfikir jauh lagi. Ataupun nak meneruskan lagi projek ini. Tetapi ingat, bebanan rakyat. Cuba tengok situasi ini. Kesesakan di lebuhraya dan penggunaan bahanapi akan lebih teruk. Jika Kerajaan teruskan pembinaan ianya akan menanggung kerugian wang rakyat lebih dari RM7 bilion.

Apa nak dikatakan? Betul ke Malaysia tiada ahli pemikir yang bijak dan berpandangan jauh? Ke diorg ni tak diperlukan? Buat semak pejabat jer?

May 25, 2008

Politik: Pucuk pimpinan UMNO tidak wajar menghukum Datuk Mukhriz, kata Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak bersetuju jika pucuk pimpinan parti mengambil tindakan ke atas Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir.

Info lebih lanjut: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0525&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

May 19, 2008

Tun Dr Mahathir jawab berkenaan tindakan melepaskan keahlian UMNO

"This man cannot understand anythiiing!"

Itulah kata-kata Tun M ketika ditanya selepas mengumumkan perletakan keahlian dalam parti UMNO.

Beliau menegaskan bahawa beliau akan kembali menyertai UMNO selepas PRESIDEN sekarang iaitu Pak Lah ditukar pucuk pimpinan.

Apa kata anda?

Tun Dr. Mahathir Mohamad: Perjalanan Politik

Tun Dr. Mahathir Mohamad: Perjalanan Politik

*Perdana Menteri ke-4 (1981-Okt'03)

*Ahli Parlimen Kota Setar PRU3 (1964)

*ahli Majlis Tertinggi Umno pada tahun 1965

*Tewas dalam Pilihan Raya 1969 (perbezaan 989 undi)

*Dipecat daripada UMNO pada 1969 selepas pengedaran umum surat terbuka beliau kepada Tunku Abdul Rahman

*Diterima kembali menjadi ahli Umno pada 7 Mac 1972.

*Perdana Menteri pada Jun 1981. Kemudian sebagai Presiden Umno sehingga beliau bersara.

*Naib Presiden Umno pada 1975

*Tun Hussein Onn melantik beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 15 September 1978.

*Menerusi rombakan Kabinet beliau dilantik sebagai Menteri Perdagangan dan Industri.

*Menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah yang berganding dengan Tun Musa Hitam (bertanding jawatan Timbalan Presiden) pada tahun 1987

*Susulan pemilihan itu, kes tersebut dibawa ke mahkamah dan Umno diharamkan pada tahun 1988

*Umno Baru ditubuhkan susulan itu.

*Tun Musa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Dr. Mahathir pada tahun 1986 dan digantikan oleh Tun Ghafar Baba yang ditewaskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1993.

*Anwar dipecat pada tahun 1998 lalu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1999.

*31 Oktober 2003 beliau mengumumkan untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan semua jawatannya dalam Umno serta menamakan timbalannya ketika itu, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai pengganti.

*Setahun selepas melepaskan jawatan beliau mengkritik kepimpinan Abdullah sehingga membawa kepada pertemuan bersemuka tertutup.

*Beliau lantang bersuara, mengecam Abdullah sehingga 17 Mei lalu ketika pertemuan di Johor Bharu.

*Selepas pilihan raya umum lalu beliau menyalahkan Datuk Seri Abdullah dan menggesa agar beliau memikul tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan teruk BN.

*Beliau melahirkan rasa terkejut berikutan BN tumbang di lima negeri sehingga mencatatkan prestasi terburuk parti itu.

*Beliau turut menyarankan Abdullah untuk berundur kerana menganggap penggantinya itu telah ‘memusnahkan’ Umno dan BN.

*Bekas Perdana Menteri itu turut menggesa agar Umno menghapuskan sistem kuota pencalonan untuk pertandingan pelbagai jawatan parti termasuk jawatan Presiden bagi menggalakkan persaingan sihat.

*Beliau berkata, semasa pemerintahannya, sesiapa sahaja bebas mengemukakan pencalonan termasuk Tengku Razaleigh yang pernah menentangnya sebagai Presiden parti.

*Tengah hari Isnin 19 Mei 2008, Tun Mahathir mengumumkan untuk keluar parti.

Maklumat lanjut: http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_ffd28c84-c0a85062-ee21f500-d2c49786

UMNO and Tun M

Hari ini, Tun M dengan rasminya mengumumkan keluar parti UMNO.

Ramai yang terkejut, berfikir apakah puncanya. Bagi yang sudi menyelami perasaan bekas Perdana Menteri Malaysia ini yang telah berjaya memimpin negara dengan jayanya selama 22 tahun ini, ikutilah luahan peribadi beliau terhadap situasi semasa politik negara dan parti kesayangan beliau melalui link berikut:

Ketuanan Melayu
Kepimpinan UMNO masih "in denial"
UMNO – 62 Tahun
Kegagalan Barisan Nasional
The Ex-Gratia Payment
Kerajaan yang lemah tidak baik bagi negara berbilang kaum seperti Malaysia


Apakah pendapat anda tentang politik semasa negara?

Wajarkah mahasiswa negara terus leka dengan mirc, dc++, counter strike, dota, asignment semata-mata?

Di manakah cendikiawan negara bersembunyi? Ini sahajakah sumbangan anda selepas meminjam beribu-ribu duit untuk memajukan anda dan anda langsung tidak dapat menyumbang sepatah dua, sesen dua kepada negara?

Pun masih tidak faham? Ataupun mengelakkan diri dari faham? Tidak malu?

Kenapa pulak aku yang emo? Jangan marah, teruskan dengan nilai "tak apa". Gudluck lah!

Semuanya di http://www.chedet.com/

Sayang Ahlik

Sayang Ahlik

Cuti2 Malaysia. Anda pelancong dari negara mana?