Salam buat semua..
Terlebih dahulu, terima kasih kepada kerajaan kerana melontar berbilion ringgit kepada kerajaan Sabah dan Sarawak. Terlintas juga, mengapa boleh pulak hari ini kerajaan bagi duit yang bukan seringgit dua kepada orang seberang? RM1Billion untuk penduduk Sabah yang sengsara selama 44 tahun? RM1billion/44tahun=RM22,727,172 setahun? Ada udang di sebalik mee maggi ke ni? Nak Borneo stay dgn dacing ke ni? Jangan main lompat katak ye anak2, orang dah bagi duit saku tu..
Baiklah, terus kepada isu hari ini. Pembatalan projek:Kesannya?
Mengimbas kembali ketika saat pemerintahan Tun Mahathir dahulu, Projek Landasan Berkembar dan Elecktrifikasi Keretapi telah dipersetujui. Mengapa? Apa ada dalam fikir kerajaan pada masa itu? Nak kaya? No no no...
Dengar semua. Apabila landasan berkembar dan elektrifikasi dicadangkan dari Johor Baru ke Padang Besar pada 2002-2003, kos terendah ialah RM14 bilion dan mengambil masa enam tahun untuk dibina. Kerajaan perlu kira-kira RM2 bilion setahun untuk membina projek tersebut. Ianya sepatutnya dimulakan pada 2004.
Apa yang terjadi pulak sebaliknya semasa pemerintahan Pak ni. Projek terpaksa ditunda. Apa sebabnya? Ada sebab ke? Ke suka2 nak delay? Nak tahu apa akibat kalau dah delay? Tun M buat projek itu ada sebab nya. Beliau terkenal dengan sifatnya yang berpandangan jauh. Hal terbukti lagi dengan keputusan beliau dengan projek ini.
Sebab Tun Mahathir ingin sangat melaksanakan projek ini:
1. Beliau sedar kesesakan jalan raya akan bertambah suatu hari nanti. Terlalu banyak kenderaan berat seperti lori kontena dan pengangkut kenderaan menggunakan jalanraya menyebabkan kesesakan. Bilangannya bertambah dan jumlah kontena dari Selatan Thai juga menyumbang kepada kesesakan.
2. Jadi, dengan perlaksanaan projek ini rakyat mempunyai alternatif untuk parking kereta berdekatan stesen komuter dan berulang-alik ke tempat kerja dengan komuter. Orang yang cetek pengetahuan tidak nampak semua ini. Kesesakan pun dapat dikurangkan. Logiklah, kalau berebut-rebut naik komuter dengan bau peluh siapa nak naik pengangkutan awam? Kenapa YB semua tidak merasa sendiri pengalaman naik pengangkutan awam? Tun M paham kehendak rakyat dan ingin sangat memenuhinya. Sekiranya status pengangkutan awam dinaikkan, sudah tentu komuter akan menjadi popular di kalangan rakyat.
3. Tun M tidak menjangka kenaikan harga minyak yang mendadak tinggi, tetapi jika ianya naik berperingkat sekalipun, kita perlu mengalihkan jumlah trafik penumpang dan kontena daripada lebuhraya ke sistem rel. Pada masa inilah projek elektrifikasi dan landasan berkembar dari selatan ke utara mengambil peranan besar.
Sekarang tengok pulak kesan penangguhan projek dari segi kewangan (duit rakyat):
(Landasan berkembar dan elektrifikasi dicadangkan dari Johor Baru ke Padang Besar)
Kos asal: RM14 bilion
Selepas ditunda, projek ini dijangka akan diteruskan semula hari ini (Selepas 6 tahun). Berikut keadaan ekonomi sekarang, kos telah meningkat, kenaikan sebanyak lebih kurang 50 peratus atau RM7 bilion jika landasan dibina dari Johor Baru ke Padang Besar (dan ianya lambat laun tetap diperlukan).
Kenaikan bahan api baru-baru ini pulak akan menyebabkan kos juga akan meningkat lebih RM12 bilion. Jumlah kenaikan dari Johor Baru ke Padang Besar tidak termasuk bahagian yang telah dibina akan jauh lebih tinggi daripada kos asal RM14 bilion. Lebih daripada RM7 bilion tambahan kos akan diperlukan.
Kerajaan sekarang ada pilihan lagi untuk terus tidur atau terus berfikir jauh lagi. Ataupun nak meneruskan lagi projek ini. Tetapi ingat, bebanan rakyat. Cuba tengok situasi ini. Kesesakan di lebuhraya dan penggunaan bahanapi akan lebih teruk. Jika Kerajaan teruskan pembinaan ianya akan menanggung kerugian wang rakyat lebih dari RM7 bilion.
Apa nak dikatakan? Betul ke Malaysia tiada ahli pemikir yang bijak dan berpandangan jauh? Ke diorg ni tak diperlukan? Buat semak pejabat jer?
July 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment