Handphone terus berbunyi tanpa sesiapa menjawab.
"Tut..tut.."
Handphone seperti enggan berputus asa dan terus memanggil Zai.
Tidak lama kemudian, suasana kembali sunyi.
Sungguh sunyi. Tidak kedengaran lagi esakan manja Zai. Angin dingin pagi itu membuatkan suasana bilik tidur anak Pak Mahktar semakin sejuk dan dingin.
"Oh Zai! Dah la tu.. Jangan ditangis lagi kenangan semalam. Bangun nak..Buka pintu ni. Mak ada bawakan kek coklat kegemaran Yut ni", kedengaran jelas suara Mak Idah. Yut merupakan nama panggilan manja Mak Idah kepada Zai.
Zai bangun malas dan membuka daun pintu perlahan. Rambutnya yang paras bahu tetap kemas walaupun baru bangun tidur.
"Dah pukul 11 dah nie. Baru bangun anak bertuah ni. Ni ha..Kek kamu. Habiskan, ada lagi kat dapur. Jangan nangis lagi. Yang sudah tu, sudahlah. Biarkan jadi kenangan. Pandang ke hadapan. Oh ya, nanti mama nak Zai teman kan mama pergi beli barang kejap", panjang leter Mak Idah.
Zai membiarkan mamanya berlalu tanpa menjawab sepatah pun. Hatinya masih keliru. Seperti mimpi. Kalau boleh, dia harap sangat perkara semalam hanya mainan mimpi. Namun, malangnya peristiwa semalam adalah kenyataan, dunia realiti.
"Huh..!" Panjang hela nafas Zai. Dia merenung jauh ke taman rumahnya. Dia melihat adiknya Eajat sedang asyik mengejar arnab kesayangannya. Memang patut pun arnab tu tidak pandai membesar. Asyik didera Eajat ke sana ke mari. Zai tersenyum sendiri mengimbas kembali saat dia menghadiahkan arnab itu semasa Eajat menyambut hari lahirnya yang ke-4.
"Mak! Takut! Maaakkkk!" Tergelak lagi Zai terkenangkan saat adiknya terkencing kerana terkejut melihat arnab yang melompat ke arahnya.
"Fuh..!" Alahai, tidak habis lagi keluhan si Zai ni. Kedengaran lagu Stacy yang berjudul Cinta Khayalan berkumandang di corong radio.
Rasa lahirnya impianku
Bila terpandang wajahmu
Lirik senyuman kilauan sinar
Memikat memukau jiwa ini
Ingin aku menyapa
Mahu ku kenali hatimu
Terkhilafku memang ini
Khayalan
Tak dapat aku lindungi perasaan
Engkau impian yang aku angankan
Kau yang ku puja, kau yang ku sanjung
Kau yang aku angankan
Kau yang ku sayang, kau yang ku cinta
Kaulah satu cinta anganan
Bila terpandang wajahmu
Lirik senyuman kilauan sinar
Memikat memukau jiwa ini
Ingin aku menyapa
Mahu ku kenali hatimu
Terkhilafku memang ini
Khayalan
Tak dapat aku lindungi perasaan
Engkau impian yang aku angankan
Kau yang ku puja, kau yang ku sanjung
Kau yang aku angankan
Kau yang ku sayang, kau yang ku cinta
Kaulah satu cinta anganan
'Tup!!". Belum sempat pun lagu itu habis, Zai telah pun memadamkan suiz radio. Kalaulah radio itu bisa berkata, tentu radio itu akan marah padah Zai yang telah memukulnya dengan kasar. Mak Idah cuma mampu menggelengkan kepala. Dia cuma mampu berdoa moga-moga Zai cepat kembali pulih. Tidak pernah pagi begitu sunyi tanpa usikan manja Zai.
~Bersambung~
Any idea nak sambung cerita ini, amat dialu2kan..poskan dekat chat column. TQ.
http://ahlikselepastahun2084.blogspot.com/
~Bersambung~
Any idea nak sambung cerita ini, amat dialu2kan..poskan dekat chat column. TQ.
http://ahlikselepastahun2084.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment