July 26, 2008

Zaman Persekolahan

Tuan Ahlik merupakan lagenda dalam sejarah negara. Beliau mula menyerlah selepas berjaya menubuhkan sebuah parti yang digelar Parti Bersama.

Mengimbas kembali sejarah Tuan Ahlik, beliau mendapat pendidikan awal di sekolah kebangsaan. Pendidikan awal beliau bermula di Sekolah Rendah Kebangsaan Tanjung Latap. Sejak di sekolah rendah lagi beliau mula menonjolkan sifat kepimpinan yang tinggi.

Sebaik sahaja mendaftar di Darjah 1, beliau terus dilantik sebagai Ketua Darjah. Penglibatan aktif beliau dalam aktiviti sekolah telah memberi keyakinan kepada guru-gurunya untuk melantik beliau sebagai Ketua Murid. Ketika pemilihan Ketua Pengawas, sekali lagi beliau diberi mandat untuk memegang jawatan penting itu.

Mendapat pendidikan yang jauh dari bandar dan jauh sekali dari arus pemodenan tidak menghalang beliau untuk mengecapi kejayaan. Semasa ujian UPSR, beliau berjaya mendapat 3A dan 2B.

Beliau melanjutkan pelajaran sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Durin, Sibu. Namun, nekad untuk tidak bersekolah di sekolah berasrama penuh telah menyebabkan beliau berpindah ke Sekolah Kebangsaan Chung Hua Sibu. Pertukaran itu berlaku selang seminggu selepas mendaftar di SMK Durin. Bukan niat beliau untuk belajar di SMK Durin. Tetapi, sistem pada masa itu mengarahkan semua pelajar dari tiga buah sekolah berdekatan (termasuk SRK Tanjung Latap) untuk melanjut pelajaran ke SMK Durin.

Bermula episod di SMK Chung Hua, beliau dilantik sebagai Penolong Ketua Tingkatan. Pemilihan pengawas sesi petang turut melibatkan beliau. Beliau terus mengasah sifat kepimpinan dalam suasana pelajar yang jauh lebih ramai berbanding di SRK Tanjung Latap.

Semasa peperiksaan PMR, beliau telah mengharumkan nama sekolah apabila menjadi salah seorang pelajar yang mendapat semua A dalam pelajaran. Beliau berjaya membuktikan beliau mampu bersaing dengan pelajar bandar walaupun tanpa perlu mengikuti kelas tuisyen.

Beliau memutuskan untuk menjadi pelajar Fizik ketika masuk ke Tingkatan 4. Dalam ujian SPM pula beliau berjaya mendapat 6A 3B. Beliau terus melanjutkan pelajaran di Tingkatan 6 dalam aliran Sains Fizik. Walaupun pada masa itu dasar pendidikan negara digubar sedikit, di mana Kolej Matrikulasi dibuka kepada bukan bumiputera, belaiu tetap nekad untuk menuntut di Tingkatan 6.

Sepanjang Tingkatan 6, sifat kepimpinan Tuan Ahlik terus diasah dengan baik apabila beliau diberi kepercayaan mengatur disiplin pelajar semua sekolah dengan perlantikkan sebagai Timbalan Ketua Pengawas I.

Setakat ini. Bersambung..


Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

No comments:

Sayang Ahlik

Sayang Ahlik

Cuti2 Malaysia. Anda pelancong dari negara mana?