July 13, 2008

Kekasih Separuh Masa [Part Time Lover] ;^)

Kekasih Separuh Masa?
Pendapat peribadi saya, ramai yang pernah mengalami perkara seumpama ini, tetapi dalam istilah yang berlainan. Mungkin main kayu tiga? Teman tapi mesra? Ataupun skandal? Walau apapun istilah yang diberi, ingin saya tegaskan di sini
JANGAN LAKUKANNYA!
Sesungguhnya, pasti ada yang akan terluka, cuma masa yang akan menentukan masanya. Mungkin ada yang akan ketawa sebab puas hati, ataupun turut berasa sedih dan simpati?
Situasi 1:
Si A telah lama bercinta dengan si B. Namun, hubungan mereka tidaklah bahagia sangat. Tetapi sayangkan hubungan yang terbina, mereka tetap mengikat hubungan itu. Pada suatu hari, Si A terjumpa si C. Hubungan mereka agak rancak. Makin kerap berjumpa dan bersama. Ikatan cinta terbina kerana merasa mendapat perhatian dari seseorang. Namun, asal ada si B di sekeliling, Si A akan mula tak senang duduk. Takut si C menghantar sms pada timing yang silap. Namun syukur, hubungan tetap lancar. Sepandai2 tupai melompat.. Keakraban hubungan Si A dan Si C diketahui. Marahlah si B. Maka, si A mula ingin memasang hasrat minta si C yang cuma datang sekejap untuk berhenti setakat itu. Siapa yang terluka dan merana? Ya, tepat sekali. Tentu si C yang kesihan. Si A pula merasa simpati. Meminta maaf, harap awak dapat pasangan yang baik dan bahagia. Selalunya, cerita akan berakhir seperti ini.
Situasi 2:
Dalam situasi ke-2 pula, saya akan membuatkan cerita ini berakhir dengan ending yang berlainan. Nantikanlah situasi 2 pada minggu hadapan. Untuk pedoman semua, hayatilah lagu dari The Lima, Kekasih Separuh Masa.

Thanks to youtube for the clip!
http://ahlikselepastahun2084.blogspot.com/


No comments:

Sayang Ahlik

Sayang Ahlik

Cuti2 Malaysia. Anda pelancong dari negara mana?