July 28, 2008

Kasut RM20

Dah pukul 1.57 pagi. Tetapi mata tak pulak mengantuk. Sabtu lepas (26Julai2008), Ahlik telah pergi ke KL untuk berjalan2, lepak dan mencuci mata. Bersih la juga mata tu walaupun byk habuk. Hehe.. Bas Metro 17 yg sy naiki berhenti di depan Bangunan Kota Raya. Turun je, saya ternampak ramai peniaga yg menjual hasil di dalam satu bakul sahaja. Rata2 mereka perempuan yg dalam lingkungan 40 tahun. Niat di hati nak baiki kasut sy yg telah rosak telah membawa diri mendekati seorang pakcik repair kasut. Umur dia Ahlik rasa sebaya dgn umur bapa Ahlik. Saya tunjukkan kasut, dia kata RM20 sebab kena jahit lagi. Saya pun kata ok lah.
Lama juga sy tunggu. Saya diberi selipar jepun utk kegunaan sementara. Selipar jepun, hmm..kenapa org panggil itu selipar jepun? Xda pun lambang matahari terbit. 20minit berlalu, tengah syok dgr lagu kat mp3. Sy nampak kumpulan peniaga kecil2an itu bergegas bangun dan bersembunyi. Termasuklah pakcik repair kasut. Rupa2nya, penguatkuasa DBKL muncul. Sy pun mcm perlarian la juga. Ikut mereka melarikan diri. Lawak kan. Maklum lah, 1st time. Tentu ada yg kata, tula sapa suruh baiki kasut kat diorg. Hehe..lantak koranglah nak marah. Hehe..10 minit kemudian, keadaan kembali pulih. Kita org pun duduk balik. Sy belikan abang tu air. Rasa dekat je di hati. Sy tanya abang tu asal mana. Dia kata dia asal Sabah. Patut la rasa dekat je. Dia senyum. Bukan nak puji sy baik belikan air la..Saja je cerita apa yg berlaku. Dia kata dah 13 tahun mencari rezeki di sini. Pernah sekali peralatan dia dirampas DBKL. Tetapi dia x pernah kena cekup la..Rasa kagum dgn smgt diorg mncari rezeki..

Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

No comments:

Sayang Ahlik

Sayang Ahlik

Cuti2 Malaysia. Anda pelancong dari negara mana?