February 8, 2009

Cinta oh cinta

Tatkala kita membaca, terdengar atau mengalami cinta yang indah, pada masa itu juga kita perlu sedar bahawa banyak lagi duka dalam cinta yang berlaku di sekeliling kita.
Ya, tanpa kita sedari. Selama ini mungkin kita akan mengutuk insan yang meninggalkan pasangannya. Tapi, kita tidak layak menjadi hakim dalam menentukan siapa yang salah dan siapa yang betul. Setiap yang berlaku pasti ada penyebabnya. Penyebabnya mungkin logik dan juga tidak waras - yang boleh dipersoalkan. Jodoh di tangan Tuhan. Andai putus, kita katakan tiada jodoh. Andai bahagia, itulah jodoh. Namun, berapa ramaikah yang telah bercinta melebihi 2 tahun boleh dengan yakin mengatakan cintanya itu adalah cinta sejati dan itulah jodohnya??

Itulah keindahan cinta sebenarnya. Kita tidak pasti siapa cinta kita sebenarnya. Kita terus mencari dan mencari. Namun, ada insan yang meninggal dunia tanpa merasai nikmat cinta dari pasangannya. Tapi, dia tentu menikmati cinta dari Tuhan. Mungkin itu lebih indah dari cinta sesama manusia. Putus cinta dan bercinta semula? Emm.. Susah nak komen.


Cinta kanak-kanak.. Ciumlah dengan sepenuh hati dan perasaan..
Source of picture: waikitgooner.blogspot.com
Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

No comments:

Sayang Ahlik

Sayang Ahlik

Cuti2 Malaysia. Anda pelancong dari negara mana?