May 19, 2008

Tun Dr. Mahathir Mohamad: Perjalanan Politik

Tun Dr. Mahathir Mohamad: Perjalanan Politik

*Perdana Menteri ke-4 (1981-Okt'03)

*Ahli Parlimen Kota Setar PRU3 (1964)

*ahli Majlis Tertinggi Umno pada tahun 1965

*Tewas dalam Pilihan Raya 1969 (perbezaan 989 undi)

*Dipecat daripada UMNO pada 1969 selepas pengedaran umum surat terbuka beliau kepada Tunku Abdul Rahman

*Diterima kembali menjadi ahli Umno pada 7 Mac 1972.

*Perdana Menteri pada Jun 1981. Kemudian sebagai Presiden Umno sehingga beliau bersara.

*Naib Presiden Umno pada 1975

*Tun Hussein Onn melantik beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 15 September 1978.

*Menerusi rombakan Kabinet beliau dilantik sebagai Menteri Perdagangan dan Industri.

*Menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah yang berganding dengan Tun Musa Hitam (bertanding jawatan Timbalan Presiden) pada tahun 1987

*Susulan pemilihan itu, kes tersebut dibawa ke mahkamah dan Umno diharamkan pada tahun 1988

*Umno Baru ditubuhkan susulan itu.

*Tun Musa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Dr. Mahathir pada tahun 1986 dan digantikan oleh Tun Ghafar Baba yang ditewaskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1993.

*Anwar dipecat pada tahun 1998 lalu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1999.

*31 Oktober 2003 beliau mengumumkan untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan semua jawatannya dalam Umno serta menamakan timbalannya ketika itu, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai pengganti.

*Setahun selepas melepaskan jawatan beliau mengkritik kepimpinan Abdullah sehingga membawa kepada pertemuan bersemuka tertutup.

*Beliau lantang bersuara, mengecam Abdullah sehingga 17 Mei lalu ketika pertemuan di Johor Bharu.

*Selepas pilihan raya umum lalu beliau menyalahkan Datuk Seri Abdullah dan menggesa agar beliau memikul tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan teruk BN.

*Beliau melahirkan rasa terkejut berikutan BN tumbang di lima negeri sehingga mencatatkan prestasi terburuk parti itu.

*Beliau turut menyarankan Abdullah untuk berundur kerana menganggap penggantinya itu telah ‘memusnahkan’ Umno dan BN.

*Bekas Perdana Menteri itu turut menggesa agar Umno menghapuskan sistem kuota pencalonan untuk pertandingan pelbagai jawatan parti termasuk jawatan Presiden bagi menggalakkan persaingan sihat.

*Beliau berkata, semasa pemerintahannya, sesiapa sahaja bebas mengemukakan pencalonan termasuk Tengku Razaleigh yang pernah menentangnya sebagai Presiden parti.

*Tengah hari Isnin 19 Mei 2008, Tun Mahathir mengumumkan untuk keluar parti.

Maklumat lanjut: http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_ffd28c84-c0a85062-ee21f500-d2c49786

No comments:

Sayang Ahlik

Sayang Ahlik

Cuti2 Malaysia. Anda pelancong dari negara mana?