May 27, 2008

Cinta Zaman Sekarang: Cinta dan Seks

Cinta Zaman Sekarang: Cinta dan Seks

"Test dulu sebelum kahwin" semakin berleluasa. Itu kira ok lagi kalau
betul-betul mendirikan rumah tangga. Sekiranya hubungan yang terlanjur
itu terhenti begitu sahaja, apa kesannya kepada si gadis dan lelaki
tersebut?

"Ala..biasalah benda itu sekarang pakcik. Negara kan bertamadun".
Tamadun kepala hotak hang. Tamadaun bermaksud minda kita tidak mudah
dipengaruhi orang lain. Ini tidak, orang putih seks sebelum kahwin dia pulak
sibuk2 kata orang putih bagus2, jom ikut.

Kesan Seks sebelum Kahwin

Kesan yang mendalam akan dihadapi oleh gadis. Gadis yang suci selama
ini bakal tidak bergelar dara sekiranya melakukan hubungan seks sebelum
kahwin. Gadis yang superior adalah gadis yang menghadiahkan "dara"nya
kepada suami yang tercinta selepas hubungan direstui keluarga melalui
perkahwinan yang sah. Gadis yang tidak matang akan menyerahkan mahkotanya
demi menunjukkan rasa cinta yang mendalam. Dalam sangat kalau buat
macam tu? Kalau ditinggalkan, menangislah engkau seorang diri.

Gadis yang telah ditinggalkan akan merasa rendah diri kerana kehilangan
sesuatu yang amat dibanggakan selama ini. Pada masa itulah timbul
penyesalan. Ramai yang trauma untuk bercinta kerana teringat kenangan
silam. Rasa ingin bercinta terpaksa ditelan kerana tidak yakin untuk bertemu
dengan insan yang betul-betul menyayangi dirinya.

Sekiranya lelaki tersebut rela menerima apa yang telah berlaku, rasa
rendah diri perempuan itu akan menjadi lebih parah. Penyesalan di tahap
maksima kerana melakukan perkara terkutuk itu. Seandainya lelaki
tersebut betul2 ikhlas, si gadis terus menyimpan tanda tanya sama ada lelaki
itu jujur dalam menyatakan kesediaannya menerima diri yang serba
kekurangan. Fikirkanlah.

Pisang berbuah 2 kali

Malang sekali peribahasa ini wujud dalam masyarakat kita hari ini.
Gadis yang pernah mengalami pengalaman pertama menikmati seks terus ingin
melakukan perkara yang sama, terutama di bandar-bandar besar.

"Ah, diri ini dah rosak. Alang2 rosak, biar rosak terus!". Inilah yang
dipraktikan dari peribahasa "Alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke
pangan lengan". Pening. Apa kaedah yang baik untuk menyedarkan golongan
ini?

Punca Gejala Seks Luar Nikah

Pergaulan yang bebas
Pergaulan yang tidak terbatas menjurus ke arah seks bebas. Ibu bapa
yang langsung tidak mengambil berat perihal anak-anak, akan memudahkan si
anak yang baru reti berlari mencari keseronokan. Keseronokan melakukan
hubungan seks. Ya memang benar, bukan salah ibu bapa sepenuhnya. Tetapi malangnya,
ibu bapa berasa malu berbincang isu seks dengan anak-anak. Apabila
bergaul dengan rakan2 di luar, si anak akan terkejut dengan budaya seks.

"Ala, tak macho la tak buat seks"

No comments:

Sayang Ahlik

Sayang Ahlik

Cuti2 Malaysia. Anda pelancong dari negara mana?