Tidak sangka, dah lebih 2 bulan aku mengajar. Semalam aku terpaksa memberitahu murid2ku bahawa aku akan balik ke Swk minggu depan.
3 minggu aku menyerahkan tugas kepada seorang cikgu lelaki berbangsa melayu di pusat tuisyen itu. Entahlah, saat memberitahu pengumuman itu hatiku begitu sebak.
Dalam aktiviti tuisyen itu, aku percaya dengan "motivasi belajar itu seronok". aku tidak mengambil pendekatan menekan pelajar agar mesti dan wajib menyiapkan kerja rumah. Apa yang aku nak mereka tahu bahawa belajar itu satu tanggungjawab dan bukan bebanan.
Apabila rasa tanggungjawab ada dalam diri, maka belajar merupakan satu keseronokan. Aku tambah pula warna-warni suasana pengajaran. Semasa hari ibu 11 may 2008 yang lalu, aku mengajak para pelajar menulis 1 kad ucapan khas buat ibu mereka. cantik mereka buat. 5 ayat dalam english itu ternyata merapatkan lagi hubungan pelajar dan ibu mereka. mereka berebut2 nak menceritakan apa yang berlaku semasa mereka memberikan kad itu..
"Cikgu, mak saya mencium pipi sy", kata Azira.
"My mother also kiss me. She said she love me too", kata Daniel.
Banyak lagi cerita diorang. Terharu sangat. Mak saya jauh kat swk. cuma dapat wish melalui handphone.
Sekarang sy dah berusia 24 thn. Tetapi, walau apa pun yang saya buat tanpa memberitahu dan minta restu mak saya, perkara itu kurang berjaya ataupun tidak berjaya.
Saya sangat sayang mak saya.
May 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment