wau! Dah bulan May dah..Gawai is just around da corner.yeah~~!
Ramai mem2 kat semenanjung nie tak dapat bayangkan apa yang berlaku semasa gawai.
Tuan2 dan puan2..
Hari Gawai merupakan perayaan yang disambut oleh orang Dayak sebagai simbolik musim menuai telah tamat.
Gawai disambut dengan meriah kerana pada masa inilah semua saudara akan kembali ke kampung halaman dan berkumpul semula.
Di tempat saya di Sibu, Gawai disambut dengan meriah sekali. Pelbagai acara diadakan untuk memeriahkan gawai. Antaranya acara sukaneka, karaoke, pertandingan kumang dan keling, minum tuak dan banyak lagi. Hadiah tidaklah lumayan sangat tetapi amat bermakna. Selalunya duit JKKK digunakan untuk membeli hadiah, namun YB tidak ketinggalan menyumbang sumbangan mereka.
Yang Berhormat kawasan akan melawat rumah panjang di kampung saya pada 1May tiap2 tahun. Pada masa itulah penduduk akan meminta apa jua projek pembangunan.
31May
Bagi yang masih kekal dengan amalan nenek moyang, lebih kurang pukul 2 petang upacara "miring" akan diadakan untuk menghormati Tuhan yang telah memberikan rahmat kepada penduduk. Amalan yang dijalankan sebagai tanda kesyukuran teramat sangat kepada Tuhan.
Malam 31May, bertambah meriah. Macam2 ada.. Segala aktiviti dijalankan di "ruai". Karaoke, ngajat, mcm2 lah..Kanak2 juga tidak ketinggalan menampilkan bakat nyanyian. Tahun ini mungkin akan ada si poco2..haha..
Tepat pukul 12 tengah malam, penghuni rumah panjang akan ke sungai (di tempat saya sungai Rajang, sungai terpanjang di Msia). Mercun dan bunga api akan dibakar. Setiap rumah panjang seolah-olah bersaing dalam bunyi mercun. Penduduk akan mandi sungai beramai-ramai untuk membuang sial dan memulakan azam baru dengan semangat yang baru.
Hiburan tetap berterusan. Memanggang ayam, ikan dan segalanya terus dijalankan. Dan lepas mandi, penghuni rumah panjang akan berkumpul di tengah ruai "Tuai Rumah" dan makan bersama-sama. Best sangat. Tuai rumah lalu meri jaku ajar ngagai bala anembiak awak terus begulai sejalai lalu maju ka diri. Hoohhaaa...
1Jun
Seperti sambutan Hari Raya, Deepavali dan CNY, Gawai tetap disambut serupa. Kuih muih dihidangkan. Air pun sama. Saya boleh katakan kebanyakkan kuih yang dihidangkan hampir sama dengan perayaan lain. Cuma kuih tradisional iaitu kuih sarang semut/kuih jala dan kuih chuan adalah suatu kemestian. Yang paling best kat sarawak, teng2 tentu sekali kek lapis sarawak..cedaapp!
May 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
What a very informative writing.
Hopefully i'll have such good opportunity to experience Gawai day. Serve Petronas in Sabah or Sarawak ;) Maybe as tetamu hehe.
Selamat Hari Gawai.
http://shahadan-active11.blogspot.com/
Post a Comment