August 24, 2008

Minyak dah turun!!!!!!!!!!!

Wah..Seluruh rakyat menadah tangan kerana kerajaan menurunkan harga minyak
Harga asal: RM2.70
Harga baru: RM2.55
5.5% tu..Banyak tu..

Tapi nak tau tak..Orang tu kata dengan sekeras-kerasnya takkan turunkan harga minyak sebelum 1 September 2008!!! Betul, over my dead body. Hehe..Hari ni lepas pukul 12 malam (24 Ogos 2008), minyak dah turun..Ye..tak percaya ke? Nak bersyukur? Ye..perlu bersyukur. Bersyukur sebab minyak turun, maka inflasi pun turun. Tapi, lebih bersyukur sebab orang tu takde pendirian jugalah. Tetapi, jangan bising. Sebab kali ni orang tu takde pendirian tetapi menguntungkan rakyat. Hehe..

Tetapi, kenapa minyak turun awal seminggu? Nak tembak pilihanraya kecil 26 Ogos eh..Atuk tipu atuk tipu..Nanti bagitau mak..Shhhtt...jangan bising..jom tido..Ai ai ai...ZZzzzzz...

Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

MAGSAVER-R?

MagSaver-R??
Mungkin anda semua seperti Ahlik. Jenis yang suka nak tahu dan nak sangat ambil tahu. Dalam keadaan harga minyak yang agak mahal (currently rm2.55/liter), ramai jugalah yang menangguk di air yang keruh dengan memperkenalkan pelbagai solution kepada penjimatan minyak. Pernah terdengar hidrofuel? Magsaver? etc..

Kali ni, Ahlik nak bagitau semua tentang pendapat Ahlik tentang Magsaver-R. Teknologi ini dikatakan berasal dari Jepun dan diberi warranty SEPANJANG HIDUP! Sampai macam tu sekali keyakinan depa semua. Dengan hanya membayar RM199++, pengguna mampu menjimatkan minyak antara 10%-35%. Wau! Banyak tuh.. Katakan penggunaan anda adalah RM50/hari. Ini bermakna anda dapat menjimatkan antara rm5-rm17 sehari!

Teknologinya cukup mudah. Cuma pasangkan dua keping MAGNET (magnet kekal yang agak kuat-jika magnet itu dah melekat, x dapat nak buka dengan tangan). Magnet itu dipasang pada saluran getah minyak sebelum masuk ke enjin. Magnet itu cuma dikepit di situlah. Itu sahaja. Takde benda lain. Itu sahaja.

Pendapat Ahlik:- Adakah magnetic wave dari magnet mampu mengubah struktur molekul minyak?
- Benarkah teknologi ini benar-benar berkesan untuk semua jenis kenderaan? (petrol, diesel or gas?)

Malangnya, daripada 2 feedback yang secara tidak langsung diterima oleh Ahlik rata-rata mengatakan ingin memulangkan balik terknologi tersebut kerana langsung tidak ada kesan kepada penggunaan minyak. Erm..Terpulang kepada anda untuk memilihnya. Yang lucunya, pada iklan/pamplet jualan benda itu terdapat 1 fakta yang telah dipadamkan tetapi mampu dijejak semula. Info tersebut mendapat rangking no1 dalam senarai kelebihan sistem tersebut dan ianya berbunyi seperti iklan PETRONAS iaitu "Diuji di makmal, terbukti di jalan raya". Mungkin sebab itulah mereka memadamkan info tersebut di atas pamplet mereka, takut disaman syarikat minyak negara itu. Lain kali, Ahlik cerita pula tentang bab HidroFuel. Daa...
Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

August 21, 2008

Ingat Saya Tidak Bersebab Menyimpan Lemak?

Eeii!! Tak tahanlah tengok. Bersyukur la sekarang Ahlik dah gemOk. Bagi yang dah pasang niat nak diet, kurus, bla bla..Cuba tengok gambar2 di bawah ni. Eeeii!










Disclaimer: Ahlik cannot dedicate any owner of the picture because all the pictures were received by me through emel, and no source stated. Btw, if you (owner) want me to publish your name, do please emel me at ahlik2084@yahoo.com

Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

August 18, 2008

Pulau Pangkor dan 1000 Ketenangan


Hari yang panas seperti sekarang amat sesuai jika dihabiskan di pantai. Pulau Pangkor. Itulah destinasi yang Ahlik dan kawan-kawan tuju hujung minggu yang lalu. Angin bayu dan ketenangan, itulah hadiah jika anda berkunjung ke Pulau Pangkor yang terletak di negeri Perak. Perjalanan dari UTP ke Lumut mengambil masa lebih kurang satu jam dan 15 minit menggunakan bas Perak Roadway. Tambang terkini ialah RM3.70. Terkilan juga hari tu sebab pemandu bas meminta balik tiket bas sebaik sahaja kami turun. Saya pun tanya balik.
"Mengapa nak minta balik?"
Driver tu pun jawab. "Kenapa? Mahu kah? Kalau mahu, kamu simpan lah."
Biarlah. Janji dah sampai Lumut. Wah! Ramainya orang. Padanlah, musim cuti sekolah. Baru tahu. Sampai jer kat jeti, berlumba si peniaga chalet dan hotel promote bilik.
"Adik, kalau beli kat sini dapat murah. RM130 jer." Banyaklah murah. Ingat ini first time saya pergi Pangkor? Kita orang reject, punyalah masam muka mereka. Terutama perempuan Melayu tu. Adui, ingin jer nak cakar muka dia. Opss..terlebih sudah. Hehe..
Naik feri murah je. Tiket pergi balik RM10.

Lebih kurang setengah jam, kami pun sampai di Pulau Pangkor. Musim sekolah memang ramai orang. Awek-awek cun apa lagi, pun ramai lah. Lupakan pasal awek, nak cerita pasal transport. Ahlik dan kawan-kawan, jap2. Lupa nak kenalkan kawan Ahlik. Ada 2 orang, Leo dan Phil. Kawan paling best Ahlik.
Ni lah gambar kawan2 Ahlik tu.
Kita org sewa kereta kancil dengan harga RM80/hari. Agak mahal lah, mereka bagi alasan musim cuti sekolah. Ok fine, xpe. Kami pun terus memecut laju ke destinasi pilihan di Pulau Pangkor iaitu Teluk Nipah.
Lupa nak kenalkan, inilah driver @ pemandu pelancong.
Hehe..5164 no plat kereta, apa lagi Ahlik pun beli no ekor kat 4d Magnum. RM5 satu nombor. Kalau nombor tu keluar malam tu, RM2500x5=RM12500! Fuyoo! Kaya Ahlik. Haha..angan2 jer. X kena pun.
Apa yang best di Teluk Nipah?
1. Sudah pasti pantainya.
2. Aktiviti lautnya seperti snokling, banana boat ride, speed boat keliling pulau.
3. Banyak chalet dan hotel dengan harga berpatutan.
4. Gerai makanan pun banyak. Turun jer dari bilik, terus berlambak makanan.
Tau, sindir Ahlik lah tuh. Taulah kite kuat makan kan. Gemuk, boroi, encem..hahaha..

Ahlik dan member tinggal di Nipah Water Front. RM100 jer semalam. Ingat lagi kata2 perempuan yang nak jual hotel kat Ahlik awal2 cerita tadi? RM130. RM30 tu boleh pergi snokling tu..Biliknya cukup selesa. Berhawa dingin, ada tv, bilik mandi pun bersih. Turun dari hotel terus jejak pantai. Kedai menjual cenderamata pun berlambak.

Pantainya pun bersih, indah. Angin segar..

Klah, ahlik nak wat assignment. ada masa ahlik sambung balik. banyak lagiu= nak cerita ni. da.. :)

Berfikiran positif = Ingat Memori GembiraBerfikiran positif = Ingat Memori Gembira

August 15, 2008

Dua Hati Menjadi Satu


Terima kasih kepada member Ahlik di atas kiriman lagu ini.

Berfikiran positif = Ingat Memori Gembira

Sayang Ahlik

Sayang Ahlik

Cuti2 Malaysia. Anda pelancong dari negara mana?