May 29, 2008
Teka Teki Untuk Orang Bijak
Memandangkan ladangnya yang sangat subur, maka ada yang iri hati. Pada suatu hari, ladang buah-buahan orang kaya telah dibakar oleh orang yang iri hati dengannya, sampaikan tiada sebiji pun yang tinggal..
Tetapi, terdapat 3 jenis buah yang masih dapat diselamatkan.
Soalannya, apakah 3 jenis buah tersebut dan beri sebab mengapa tidak terbakar..Jawab..Jangan tak jawab!
Kreatif: Peti Sejuk USB

Hai kawan2.. Ni nak share 1 invention baru daripada Dream Cheeky..
USB FRIDGE!
Ya..Dengan sambungan dari USB port, anda telah pun mempunyai sebuah peti sejuk. Dikuasakan oleh laptop anda. Just plug and play.
Malangnya, hanya muat untuk sebiji coke~!
Interesting?
Nak tahu lebih lanjut or nak beli untuk buah hati?
Layari www.dreamcheeky.com
Gambar ihsan dari www.dreamcheeky.com juga. =)
May 27, 2008
Cinta Zaman Sekarang: Cinta dan Seks
"Test dulu sebelum kahwin" semakin berleluasa. Itu kira ok lagi kalau
betul-betul mendirikan rumah tangga. Sekiranya hubungan yang terlanjur
itu terhenti begitu sahaja, apa kesannya kepada si gadis dan lelaki
tersebut?
"Ala..biasalah benda itu sekarang pakcik. Negara kan bertamadun".
Tamadun kepala hotak hang. Tamadaun bermaksud minda kita tidak mudah
dipengaruhi orang lain. Ini tidak, orang putih seks sebelum kahwin dia pulak
sibuk2 kata orang putih bagus2, jom ikut.
Kesan Seks sebelum Kahwin
Kesan yang mendalam akan dihadapi oleh gadis. Gadis yang suci selama
ini bakal tidak bergelar dara sekiranya melakukan hubungan seks sebelum
kahwin. Gadis yang superior adalah gadis yang menghadiahkan "dara"nya
kepada suami yang tercinta selepas hubungan direstui keluarga melalui
perkahwinan yang sah. Gadis yang tidak matang akan menyerahkan mahkotanya
demi menunjukkan rasa cinta yang mendalam. Dalam sangat kalau buat
macam tu? Kalau ditinggalkan, menangislah engkau seorang diri.
Gadis yang telah ditinggalkan akan merasa rendah diri kerana kehilangan
sesuatu yang amat dibanggakan selama ini. Pada masa itulah timbul
penyesalan. Ramai yang trauma untuk bercinta kerana teringat kenangan
silam. Rasa ingin bercinta terpaksa ditelan kerana tidak yakin untuk bertemu
dengan insan yang betul-betul menyayangi dirinya.
Sekiranya lelaki tersebut rela menerima apa yang telah berlaku, rasa
rendah diri perempuan itu akan menjadi lebih parah. Penyesalan di tahap
maksima kerana melakukan perkara terkutuk itu. Seandainya lelaki
tersebut betul2 ikhlas, si gadis terus menyimpan tanda tanya sama ada lelaki
itu jujur dalam menyatakan kesediaannya menerima diri yang serba
kekurangan. Fikirkanlah.
Pisang berbuah 2 kali
Malang sekali peribahasa ini wujud dalam masyarakat kita hari ini.
Gadis yang pernah mengalami pengalaman pertama menikmati seks terus ingin
melakukan perkara yang sama, terutama di bandar-bandar besar.
"Ah, diri ini dah rosak. Alang2 rosak, biar rosak terus!". Inilah yang
dipraktikan dari peribahasa "Alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke
pangan lengan". Pening. Apa kaedah yang baik untuk menyedarkan golongan
ini?
Punca Gejala Seks Luar Nikah
Pergaulan yang bebas
Pergaulan yang tidak terbatas menjurus ke arah seks bebas. Ibu bapa
yang langsung tidak mengambil berat perihal anak-anak, akan memudahkan si
anak yang baru reti berlari mencari keseronokan. Keseronokan melakukan
hubungan seks. Ya memang benar, bukan salah ibu bapa sepenuhnya. Tetapi malangnya,
ibu bapa berasa malu berbincang isu seks dengan anak-anak. Apabila
bergaul dengan rakan2 di luar, si anak akan terkejut dengan budaya seks.
"Ala, tak macho la tak buat seks"
Kahwin
ahli Bomba lagi teruk buka kepala terus nak pancut;
Dr Gigi pun lebih kurang je goyang2 pasti cabut;
Askar bahaya sikit asyik nak tembak je;
Kalau Mat Rempit lagi dahsyat Lampu merah pun dibedalnya;
Baik kahwin dgn cikgu Kalau kurang jelas akan diulangnya samapi puas!
Hehehe..
Thanks to Myra lalala for dah msg.. =)
Tips: Bos yang baik
Tips: Bos yang baik
>> Boss yang baik harus pandai mengambil kesempatan di atas kelemahan pekerjanya. Maksudnya, ala..siapa makan cili diala rasa pedas.
Boss harus teliti untuk membezakan pekerja yang naif, taat dan tidak berani melawan kata-kata. Pekerja jenis ini harus diambil kesempatan selalu.
>> Boss mesti selalu campur tangan department lain agar cepat naik pangkat. Perkara ini penting bagi memastikan usaha naik pangkat berhasil dalam masa yang cukup singkat.
>> Boss yang baik harus pandai menonjolkan kelebihan diri atau dalam bahasa inggeris "show off". Teknik ini harus diamalkan tidak kira usaha itu merupakan usaha diri sendiri ataupun usaha orang lain. Lebih baik jika usaha orang lain tetapi kita mengampu dan mengatakan bahawa itu adalah hasil kerja kita agar kita mendapat nama yang baik dari pihak atasan. Bak kata pepatah, lembu punya susu tetapi sapi punya nama.
>> Boss kena pandai bertindak sebagai "hero" dalam banyak keadaan. Boss yang baik perlu tajam dalam memancing peluang agar dapat menyerlahkan diri sebagai hero. Barulah senang kita mendapat publisiti murahan dan secara tidak langsung akan menaikkan nama kita di dalam sesebuah oragnisasi.
>> Boss yang baik perlu mahir dalam "masuk campur urusan orang lain" walaupun urusan itu tidak memerlukan campur tangan sendiri.
>> Boss hendaklah merupakan seorang yang tegas dan pandai menunjukkan muka masam tidak kira masa. sikap rajin dalam mangamalkan etika kerja ini akan menyebabkan pekerja bawahan tidak suka berdampingan dengan boss tadi. Pesan saya, teruskan bermasam muka kerana mana tahu suatu hari nanti syarikat anda akan ada "Anugerah Muka Boss Paling Masam". Paling baik kalau boss itu pandai memberi kata semangat agar tidak memberi mimik muka masam kepada orang lain tetapi pada masa yang sama, dia pandai pula bermasam muka ibarat mati bini. (Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih)
>> Emosional. Ya, boss mesti emosional selalu kerana dipercayai tindakan ini akan menyebabkan pekerja bawahan tidak selesa bekerjasama dengan anda. Pendek kata, emosional lah selalu.
>> Boss yang baik wajib mementingkan diri sendiri dan tidak perlu mengira kebajikan dan perasaan para pekerjanya. "Selfish" bak kata orang putih. Tak paham juga?
>> Jangan pandai menghargai usaha para pekerja. Boss mesti mengelakkan diri daripada memuji usaha para pekerja kerana perkara ini akan memberi motivasi kepada pekerja, iaitu bukanlah suatu perkara yang baik. Boss harus tajam pemerhatian dalam mencari kesilapan dan kelemahan pekerja. Pastikan anda terus-menerus marah para pekerja, mengutuk, mencaci, memaki hamun dan manyamun. =)
Hak Cipta Terpelihara
Ahlik2084
