June 22, 2008

Wireless Power Transmission

1 lagi idea para saintis (harap2 suatu hari nanti saya adalah salah seorang saintis itu) yang dianggap futuristik ialah wireless power transmission. Dalam bahasa mudah, penghantaran tenaga elektrik tanpa melalui wayar.

Dalam erti kata yang lebih mudah ialah anda tidak perlu plug in charger jika ingin mengecas bateri handphone anda. Menarik bukan?

Teori di sebalik ayat canggih ini serupa dengan penghantaran dan penerimaan signal radio ketika ini. Ala, macam time nak dengar hotfm korang set kan 97.6Mhz. Macam tu la ceritanya. Gelombang radio digunakan. Gelombang radio merupakan satu bentuk tenaga. Kalau nak tahu, tenaga ini yang membantu menghantar sms dan panggilan korang semua. Nak tengok perlawanan bola EURO pun gelombang ni yang tolong. Gelombang ini akan berlegar2 sehinggalah pada suatu ketika ia menemui antenna yang mempunyai frekuensi yang sama ketika dipancarkan.

Gelombang ini amat banyak di udara tetapi tidak berbahaya. Bayangkan kalau Tuhan menciptakan gelombang ini berwarna merah. Haa! Merah langit kita. Hehe..

Buat masa ini, saya rasa la kan jarak merupakan suatu halangan kepada kami sebagai saintis (wueek!) untuk memanjangkan jarak yang berkesan untuk penghantaran tenaga. Jadi, saya ingat dengan menghasilkan tikar elektrik. Kalian semua boleh mengecas handphone, camera digital dan apa2 sahaja termasuk peti ais di atas tikar itu dengan hanya meletak semua benda itu atas tikar. Menarik tak? Korang, semua benda pun menarik.

K, jumpa lagi..

Disclaimer:
Terima kasih kepada http://electronics.howstuffworks.com di atas ehsan gambar.

No comments:

Sayang Ahlik

Sayang Ahlik

Cuti2 Malaysia. Anda pelancong dari negara mana?